home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Thursday, August 4, 2011

soalan tentang cinta

assalammualaikum my blog.
i hope u re still ok..
sory aku dh lama x update ko ea.
macam sebelom ni aku gtaw kat ko kan yg aku kekadang
ada sesetengah benda xleh citer kat sini kan..yelah,walaupun aku taw ni 
aku nyer blog dan dah terang2 dinyatakan 
[PUNYA PASAI AKU] kan...hihihih...tapi kadang2 ada isu yg xharus diceritakan dalam blog ni kan?

so,skunk tepat jam 2.19 pagi dan aku masih xtiduq lagi.
Entah kenapa aku rasa mata aku semacam segar je kan..
hahaha..segar la sangat kan..esok pagi jenuh la aku menguap lam kelas kan..
huhuhu...aku terima satu mesej dari sahabat aku tadi.
dye bertanyakan aku tentang soalan..
soalan mengenai CINTA???
aku ni xla terlalu arif jika nak d ajukan soalan mengenainya.tetapi sebagai seorang
sahabat aku akan cuba memberi jawapan mengikut pendapat aku sendiri...
dan terang punyer terang....tetibe dye off9...mungkin jugak tenet dye slow kowt kan..
entah la wei,aku rasa nak memikirkan kisah tentang cinta ni memang memeningkan kepala 
setiap insan yg mmemikirkannya kan..
~ ~ stop citer sal cinta ~ ~

kisah kedua yg aku nak kongsi ni mengenai fb atau lebih kenali sebagai
"BUKU MUKA"..
kan aku gtaw yang aku ni xboleh nak lena kan malam ni,
Jadi aku godek2 la fb kawan2 aku kan...
dari fb lecturer aku gan tunang dye sampai la fb salah sowg member lama aku ni kan...
aku ni bukan nak mengata apa lagi nak gosip di bulan ramadhan ni..
juz nak berkongsi citer dan pendapat kan..
dan satu lagi aku nk TEKAN kan disini
bahawasa nya aku ni xla sesempurna mana dan xla sebaek mana..
aku pown penah jugak buat salah kan..
huhuhu..its ok la,kita tutup la citer ni ea aku rasa xbaik la plak nak citer hal dye kan..
kang tambah lak dosa aku setimba..hahahahaha..
dah la pahala xseberapa kan..

Masok hari ni dah hari ke-4 umat islam menunaikan ibadah puasa..
semoga semuanya berjalan dengan lancar selama sebulan ni.
insyallah...
korang kat luaq sana tu jangan ponteng puasa ea(bagi girl2 yang uzur tu dikecualikan ok..haha)
baiklah kawan2 aku rasa dh agak kepanjangan akunyer update malam ni kan..
jumpa lagi laen kali ea..
k bye..
jaga diri baek2 P.P.A
assalammualaikum
~ adios ~
(",)

Thursday, July 28, 2011

apa yang pentin???kerjasama..

assaalammualaikum my beloved blog....
so,aku rasa bersyukur sangat2....alhamdulillah
tayangan semalam telah berjalan dengan lancar..
aku ingat xjadi dah..yela,masing2 macam lepas tangan je aku tengok..pastu nak dapat kebenaran penggunaan dewan kuliah utama lak aku tengok cam susah je proses je..nak kena berhadapan dengan
en.ibrahim yang tersangat la aku rasa garang tuh...
so aku amik la keputusan yang aku dah putus asa dah..
so,aku buat xtaw je la..pastu diowg tanya aku camna dpt x dewan..aku ckp ar xdpt ar..
jadi member aku yg bernama effa dengan semnngat yang kenatal dan bertemankan arina gla minta izin en tu...
tup2....diowg gtaw boleh teruskan...cer bayangkan ari yg sama tu jugak nak buat tayangan tuh..
s0,kelam kabut la kami semua nak prepare semuanya...
waduh2...gawat sungguh bha...
tapi apa2 pown alhamduliullah semuanya dapat d uruskan dalam 1hari saja...
tu la kan...bak kata ppatah "bersatu kita teguh,bercerai kita roboh"...dan aku percaya pada pepatah tu sampai bila2.../.....
opppsss,,,lupak lak aku nak gitaww.....tayngan yang kami tayangkan malam tu filem SEKALI LAGI'...
best jugak citer tu kan....huhuhu...
apa2 pown semua tu satu penglaman yang xdpt aku lupakan...
pengalaman membawakejayaan...
ok lah,aku gerak dulu ea...sebab ada penyibuk yang mengacau aku nak update ni...
yakni amir...eiiii sengal tol ar.r...huhuhu
ok la my beloved blog...c u later...
bye2...
assalammualaikum..
adios...

Thursday, July 14, 2011

Kem Ibadah Solat

assalammualaikum..semenjak 2 menjak ni aku tiap2 hari update blog kan?
semestinya bloggerz semua agak keheranan kesedikitan kan?
yela,aku pinjam laptop member aku jap..hurm..
bukan apa,aku rasa aku macam nak berkongsi sesuatu je dengan korang semua diluar sana..
petang tadi dalm pukul 2.30petang cam gitu ar telah berlangsungnya ceramah Ibadah Solat..
so,mula2 kami liat jugak la nak p kan..tapi setibanya kat situ dengan membawa geng2 aku
antaranya :
tikah
dayah
zura
ecah
natrah
dll...

so,bermula lah ceramah tersebut..hurmm..rupanya2 best jugak..yang membuatkan ceramah tuh best adalah disebabkan penceramah itu sendiri yang membuatkan kami semua happy dan xbosan mendengar ceramah dye..
apa yang aku belajar mengenai maksud solat,takrif solat dari segi bahasa,rukun solat dan macam2 lagi la..
sedar xsedar dah pukul 4.30.so tamatlah sudah ceramah tu..lepas tu aku tunggu dengan beberapa student yang laen sembahyang solat asar kat surau tersebut..
aku bersyukur jugak la,xbanyak sikit pown jadilah ilmu yang aku dapat petang tadi..
aku berharap menerusi ceramah ni dapat la memperbaiki lagi solat aku selama ni..
insyallah..
aku sudahi update news aku ni dengan:
assalammualaikum (",)

Wednesday, July 13, 2011

ceritera sahabat

assalammualaikum my blog dan bloggerz yang laen..hope k0rg sihat lah yer..
so apa yang aku rasa nak update dalam blog kesayangan aku ni kan adalah,
hari ini hari ke3 aku berada di dalam bilik yang baru dan bersama2 meneruskan perjuangan bersama 
cik siti nazura..thanx sangat2 sebab sudi r0omate saya.
saya sentiasa berdoa supaya saya dapat jadi sahabat yang baek untuk awak..
hurmm..
saya dah janji pada diri saya dah yang saya xnak buat perangai macam dulu dah..
perangai cepat merajuk..cepat terasa hati...cepat nak marah...
semua tu perangai yang xelok kan??
Jadi,insyallah aku akan berusaha untuk menjadi sahabat yang terbaek untuk mu..
xsalah kan kalau kita mencuba mengubah perangai kita menjadi lebih baek kan?
yela selalu kita dengar pepatah cam gini,
"BUAT APA NAK JADI ORANG LAIN,JADI LA DIRI SENDIRI KAN?"

ayat itu yang selalu aku dengar,tapi kadang2 kita kena ubah jugak perangai kita tu untuk kebaikan kita jugak kan?
jadi,the moral of this story,
"selagi aku masih ada disini,insyallah aku akan gembirakan korang semua sahabatku..
kerana kegembiraan kamo semua adalah kegembiraan buat diri aku jugak.."

assalammualaikum
adios
(",)

Monday, June 27, 2011

tentang aku dan durian!

assalammualaikum dan selamat pagi my beloved bl0g..
apa khabaq kawan2 bl0gger yang laen.h0pe semua sihat hendak nya.
citer yang aku rasa nak update skunk ni rasa nya tentang DURIAN!!!
lalalalalalala
agak nya sapa la kat dunia ni xsuka makan durian kan?
aku taw masih banyak lagi makhluk yang xmakan durian kan?
dan aku merasakan teramatlah kerugian bagi siapa yang tidak makan "raja buah" ni yakni durian..
yela rasa dye yang teramatlah lah sedap bagi aku kan..
dan almaklumlah jugak kan,
musim yang aku tunggu dh tiba..
buah durian banyak terdapat dimerata tempat aku pergi...
xjemu aku memakannnya..
lalalalalalalala

tapi aku rasa macam xsihat je auw..aku selsema ni.
tapi xmungkin kerna durian kan3??
walau apa pown terjadi aku masih boleh habiskan durian itu..
hihi
buat pulak durian tu buat bubuq durian..perrgghhh...
lazat giler wei..
cicah plak dengan roti Gardinier(entah bet0l x aku eja nama r0ti tu kan2??)

nyam3...nampak lazat je kan bubuq tu..hurm...
ok la kawan2 blogerz ku sekalian alam,aku rasa yang tu je citer yang aku nak update tentang aku dan durian
hhihi..apa2 p0wn 
"hargailah buah tempatan kita,majulah buah untuk negara"
lalalalalala
k aku caw dulu..
take care P.P.A..
"assalammualaikum"
~ ~ adios ~ ~
(",)


my kawaii blog: N.A.N.A Giveaway

my kawaii blog: N.A.N.A Giveaway

Tuesday, June 21, 2011

cuti sem??

assalammualaikum..
sebut je pasal cuti sem,pasti lah kanak2 akan tersenyum kegembiraan..
yela xsabaq nak balik umah kan..hihi..so,termasuklah diri aku ni yang agak terasa 
kegembiraan tersebut..
jadi sekarang ni aku dah ada kat umah dh..aku cuti 3minggu je..xseperti akak aku gan adikku ku yakni si dugong buntal tu..lalala...klu aku cuti lama2 tu xtahan dowh...
sepanjang cuti ni banyak jugak la aktiviti yang aku telah lakukan.
contohnya aku g berkelah gan keluarga ku yakni bersama dengan En Yusof dan Pn. Masnah..
agak best jugak lah walaupun diganggu oleh pendatang yang x dijemput..
ada ke patut kami dh booking tempat tu,ada orang mai mencelah mandi sekali dgn kami..memang xmalu lah aku rasa..hurmmm..cer korang pikir klu korang g mandi kat tempat family laen?korang xsegan ka?
aku p0wn xpaham lorh...
seterusnya baru ini aku ingin mengumumkan aku telah berjaya mendapat kan lesen P,iaitu test jpj..haha
waktu itu amatlah menyeram kan..tambah lak time nak test kat titi tu..
bayangkan aku nak seimbangkan badan...hahahaha
tapi alhamdulillah la aku dh berjaya tamatkan kursus tersebut.
begitu lah excited giler muka aku bila dapat tahu aku lulus..hahaha

jadi berbekal kan kegembiraan tu aku pown balik lah dengan hati yang tenang..hihi
jadi,macam itu lah sedikit sebanyak cerita aku nak kongsikan kepada bloggerz semua ea...
lagipown aku jarang update blog kan.
insyallah korang doakan aku dapat cepat duit pinjaman ea,
sebab aku nak sangat beli laptop lorh..
senang sikit aku nak buat keje kan3.
aku rasa takat ni je la kan..
ada masa aku update lagi la kan2.
apa yang penting,
"take care ur self and be ur self"
insyallah kita akan berjaya..
aku sudahi dengan,
ASSALAMMUALAIKUM
~  ~ adios ~ ~

Friday, June 10, 2011

KAMI episod 1

setiap pandangan ku menatap pada isi-isi langit,
sentiasa ingin mengetahui apa yang ada sebenarnya diatas sana,
mengetahui sesuatu kenyataan yang kadang-kadang tidak boleh diterima pakai,
menundukkan kepala dengan rasa yang bersalah membuatkan diri terasa bersalah walaupun tidak,
namun semua itu mungkin berakhir dengan sebuah pertanyaan,
selama mana mampu ku menghirup udara disini..
walaupun umurku mungkin setakat ini saja,
namun ku akan tetap tinggalkan sebuah memori yang terindah buat semua(",)

Tuesday, May 31, 2011

exam oh exam

Assalammualaikum my second diary in my life..hurrm..ko sihat x P.P.A??maaf la lama xjenguk2 ko kat sini kan..almaklumlah aku tersangat lah tidak ada kesempatan sesangat nak update citer kat sini...biasalah bagi seseorg yang bergelar status "STUDENT" kan2??so,aku insyallah akan menghadapi exam final minggu depan.Start exam 6hribulan6...arrgghh..harap2 aku dh bersedia la...
Sebenarnya kalau korg nak taw aku baru je lepas menghadapi saat serabut dimana selesaikan assgment yang diberikan oleh lectrer ku yakni en.khairi..tersangat lah banyak.sampai xterkira lorh..huhu....fening aku d buat nyew..
so,esok aku exam C++...hrp dpt buat lah..satu apa xbaca lagi ni..huhuh..esok ar baca.xdak mood ar nak baca skunk..huhu..
sebenarnya aku ada bnyk masalah disaat ni...saat nak habis sem ni la banyak problema..huhu..
xpelah,insyallah aku akan atasi nya dengan penuh semngat..amin~~
aku blah dulu ea..
der pe2 aku update citer laen..
jaga diri baek2 P.P.A..
assalammualaikum..
adios~ ~ ~
(",)

Sunday, May 15, 2011

kekalutan di adtec

assalammualaikum..
P.P.A...aku rindu giler kat ko dowh...
lama gak aku xupdate ko kan..
kini aku kembali untuk update citer terbawu aku ni..
hahaha..
sememangnya citer yang agak kekalutan cuti hujung minggu baru2 ni..
bukan apa...aku ingat hujung minggu ritu aku nak berehat je la kat asrama kan sbb xde 
class kan..tapi petang tuh aku tertido..(sbb xdew clas ptg tuh..)
tup2 ada pengumuman lak..terus la aku bangun kan..
pengumuman lebih kuwang cam gini..:-
"SEMUA PELAJAR DISARANKAN PULANG KERUMAH KERANA BEKALAN AIR TIADA 
HUJUNG MINGGU INI.."
lebih kuwang cm gitu lah..
mak bapak diowg la kan..senang2 cam gitu je suwuh pelajar balik kan...xpikiaq ka apa kan
owg yang dok jauh ni kan..huh..
(agak kegeraman la kejugakan keininan ni..hihi)
so,apa yang ada di kotak pemikiran aku ni aku balik je lah umah mak angkat
aku yang kat kg berisu tu kan..
almaklumlah owg ada keluarga angkat kan..
hahaha..jgn jelus..korag ada???????
xdak kan????hahahahahaha
so,aku balik la hari itu dgn keadaan kekalutan nye la kan..
jadi aku pown balik la sana,bertumpangkan mizz zura aku pown sampai lah
disana dengan keadaan selamat nya..
hihhihi
so,aktiviti apa aku buat kat sana???
mesti korg tertanya2 kan..apa yang aku buat...hahaha
cer citer3...??
hihihi..kejap la nak citer la ni...
aku masak,aku makan,aku tidoq...
tgk akademi fantasia...
thats all my keje kat sana..
rehat saja..hihihi...
orait la.kalau aku nak citer,banyak lagi ni..
aku nak g mandi kjap...
baru sampai adtec kol 5ptg tdi..
rehat pown xlagi..huhuhu
aku blah dulu ea...
jaga diri baek P.P.A...
assalammualaikum..
muaaxxx.
adios~ ~ ~ ~ ~ ~
(",)

nukilanku

Langkah demi langkah ku kira...
Tanpa menoleh kebelakang ku terus maju kehadapan..
kerana aku tahu masa xakan kembali kebelakang..
ku kuatkan langkah ku..
tanpa rasa jemu..
1..2..3......
semakin perlahan langkah ku...
ku tiada berdaya lagi...
aku xharus berputus asa lagi...
ku tidak mahu perkara sama berulang lagi...
hurmmmm...
manusia mudah berubah..
berubah tentang hati...
tentang perasaan...

Tuesday, May 3, 2011

sifat lelaki xgentleman..

arggghhhhhhhhhhhhhh...itu jeritan batinku yang aku rasa ingin saja aku luahkan pada sang jejaka 2 org tersebut..
1st time aku jumpa lelaki yg xgentleman cam gitu..
nak d jadikan citer kami sebagai hawa ni blnja diorg mkn..
yang paling giler tuh,sanggup xbangun..tunggu kami p bayar bawu diorg pergi beredar ke kereta..
hahaha...mmg syok ar cmtu kan..
dan mungkin ini kali terakhir aku kowt kuaq gan si jejaka tersebut..
huhuhu..
kirim salam banyak...
kekadang aku terpikir juga tentang sepotong ayat ni iaitu,
orang pempuan yang baek untuk lelaki yang baik,manakla sebaliknya.
hurm...renung2 kan lah ayat ni..
aku nak p mandi dulu.
tension pikior hal ini.huh..
k..
assalammualaikum...
(",)

NUR KASIH THE MOVIE di pawagam

petang ini aku tiada kelas..
subjek baru kami minggu ni..
subjek NOSS..
entah la..aku pown xtaw lagi noss tu cmnew..
situasi skunk : tengah intai2 tema lagu NUR KASIH THE MOVIE..
nnyian yasin dengan tiz zaqiah..
sedap jugak suara tiz nnyi kan lagu tuh..
rasa xsabar nak tgk citer tu cmna.
mesti sedih cam drama dye jugak kan...
sebuah cinta yang berlandas kan agama islam..
harap2 aku juga mampu utk mencari cinta hakiki tersebut..
insyallah...
buat pengetahuan semua,movie ni akan ditayangkan di pawagam pada 19MEI 2011..
selang 4 hari berikut nya my birthday...23.5..hahahaha...jangan lupa bagi hadiah noh..
ok aku caw lu.
nak kuaq jap..
jumpa lagi nati P.P.A..
muah
assalammualaikum
adios...

Menanti Di Barzakh

Album : Halawatul Iman
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com
 
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 
 
 

nukilan ku d tengah malam

disaat ini burung2 berehat di sangkar masing-masing..

merehatkan diri..
merehatkan fikiran...
melupakan seketika masalah2 yang dihadapi di siang hari..
menunggu hari esok dengan cubaan dan cabaran yg berbeza dengan hari ini...
walau apa2 pun yang berlaku,
aku gembira KERANA aku masih disini..
DAN 
masih disini menghirup udara di malaysia..
tidak seperti burung2 di negara yang lain..
hidup merana dan merempat di negara sendiri.
aku bersyukur pada Mu tuhan kerana masih memberi aku kesempatan untuk aku teruskan perjuangan aku sebagai seorang hamba-Mu.

hasil nukilan ku ditengah malam,
siti asma yusof
1:59am(3/5/2011)


Monday, April 25, 2011

saat pipi dijatuhi airmata jernih(T.T)

Saat-saat titis airmata menitis dengan lajunya di pipiku..
Teringatkan kan sahabat lama ku..
entah lah kenapa aku terasa sangat sayu nya malam ini..
padahal aku kan kuat semangat kan..
tapi..
bila sahabat sendiri yang buat macam ni kat aku..
aku rasa sangat2 sakit...
kerana hal yang aku rasa sangat lah kecil..
di besar2 kan dengan sebegitu rupa..
biar lah hal itu menjadi rahsia di hati kecil ku ini..
selagi aku mampu bersabar aku akan  bersabar.
selagi aku diberi kekuatan aku akan bertahan.
bertahan dan terus bertahan..

Cerita sang jejaka semut

Dikala semut kesepian,
ku dengar sebuah suara luahan hati si jejaka semut yang dikenali sebagai A..
si A meluahkan kata2 yang bagi aku rasa agak terkena bagi aku sebagai seorang hamba yang bernama Hawa.
Topik yang diceritakan mengenai wanita.
Mengenai aurat wanita..
Saat sang semut memulai bait2 kata..
AKu mendengar dengan penuh teliti..
Dengar dan mendengar..
Ahhh...begitu malu rasa nya...
Seaakan2 diriku yang terkena..
Tapi...
to be continue...

Tuesday, April 12, 2011

c++ punyer kisah!!

alo!

diawan biru terdapat burung terbang,
hadirnya aku disini sajew jer nak ucap slmat petang..

hihihi..berpantun sudah di petang2 ni kan..hihi.
s0,apew aku buat d petang2 ni kan??
dan mungkin agak keheranan jugak la kan kenapa aku xdew clas ari ni kan..
hurm,korg jangan lah terlalu heran d sebabkan hal ini kerana
memang sudah d takdir kan klas kami xdew klas..
entah lah aku p0wn heran dgn lecturer yg mengajar subjek ni..
bukan nk bergosip atau mengata la kan,
tapi kalau dah hari2 xdew klas ape cer kan..
3 hari ni dye xdew g kursus kata nyew.
iyer2 jo xdew..
klu dye ada pown sama gak,masok p0wn jarang..
dah la c++ nak score agak kepayahan lah jugak kan..
ini tidak aku tgk dye cam amik mudah jew..
ni yg eden nak mawah ni..huhu
aku nak blajo sendiri gano la xpaham lngsung kowt..
kena la ada jugak tenaga pngajar yg aku nak kena tanya kan..
hurm,ntah la..
dh la bulan6 ni nak final exam dh..
nak jawab gena soalan c++ nati..
hurm,aku harap semua nya akan kembali normal la..
i hope..
orait lorh,thats all my citer aku d petang hari..huhu
sblum aku mngakhiri citer aku ni
meh aku pekena satu pantun ea,

aku beri kau bagi,
laen kali aku upadate lagi..

k assalammualaikum..
adios..

Wednesday, April 6, 2011

ceritera aku(",)

inikan bukan ciritera CINTA..
dan ini juga bukan kisah si cinderella bertemu dengan putera nya..
bukan jua sang katak bertemu dengan putera nya..
ini kisah aku..
arrgghhh...
satu keputusan yang xdapat aku buat dalam sekelip mata..
(sebab mata aku berkelip banyak kali...hahaha)
hurmm...
kadang2 kenapa kita harus membuat sesuatu keputusan yang salah,walaupun kita taw akibat dari keputusan kita tu akan menyakitkan hati orang lain..
dan itu bukan stail aku menyakiti hati orang lain..
dalam kata lain mainkan perasaan org kan..
tapi nak wat cmner kan..
kadang2 masa dan keadaan yang memaksa kita membuat sesuatu keputusan yang kadang2 xbetol.
yela..muncul pada masa yg xbetol kan..
dah tuh keadaan yang memaksa aku buat semua ni..
its ok,kita serahkan semuanya pada yang maha Esa la kan..
insyallah..

DAN....

aku masih menanti PUTERA IDAMAN aku datang menyelamatkan aku..
dan bawak aku terbang jauh dari semua ini..haha
tinggi kan citer2 aku..haha
peduli ape aku kan..blog aku..nyew suka aku la nak tulis pew kan...haha

TAPI....

penantian tu satu yang menyeksa kan..??



Sunday, March 27, 2011

penungguan sahabatku

assalammualaikum..
disaat ini aku berada d cc..
hurm..cc kat mana?kat guaq chempedak.
dan kenapa aku pegi begitu jauh nyew cc??
macam la kat yan xdew dh kan cc..huh.
suka atiey aku l0rh nak g kat mana uh..hihi.
xah seb0n0rny0 aku nak g umah syila@kobis ni kat pokok tai..
tengah tunggu ketibaan sahabatku 2owg g iaitu nazura gan aisyah..
begitu lambat nya lah ketibaan mereka ini...
hurmm..
ingat pekena laksa 1pinggan sempat la diorg nak smpai.
tapi batang hidung xnampak g ni..nak kena ni..
hihi..
s0,aku ambil la kesempatan ini utk beron9 kejap kn...
dh la kt luaq tu pns giler kowt..
dh la pakai baju merah giler ni..
huh...
opss lupak lak nk gtaw sbb pa aku nk p umah kobis kan?
sbb aku nk p ni sbb kawan aku yg sowg tu nak bertunang dh,...huhu...
yeahh..aku lak bila la plak kan..
kekasih hati p0wn xmemandang g ni..
xpe lah aku f0cus kat study dlu la kan..
kalau ada j0d0h xkemana kan..
insyallah..
ok bha..
aku caw dulu ea..
xtaw nak b0rak pew dah..ahaks..
ok..adi0s..
assalammualaikum,,,

Saturday, March 26, 2011

DI SAAT AKU KEHILANGAN MU (T.T)

assalammualaikum..
semalam adalah satu ujian bagi aku yakni 25/3/2011  7.00am..
ujian pada mula nya membuat aku tidak dapat menerima kenyataan ini.
berbekal kan airmata,aku menangis.. (T.T)
aku memecut laju m0t0r Kriss milik ayah aku..
ntah bape kelajuan aku p0wn xtaw..
tapi masa itu aku memang xpeduli slagi seandainya aku akan mati aku xkisah.
semuanya aku berserah sahaja..
arrgghhh...(betapa aku kecewa nyew saat itu..)
Minit selepas itu,aku tersedar..
aku tersedar dari kemarahan aku yang memuncak itu tadi..
betapa aku alpa dan lupa apa yg sebenarnya terjadi..
aku LUPA yg ALLAH SWT sedang menguji aku sebagai hamba Nya..
aku LUPA yg ALLAH SWT sedang memberi ujian terhadap aku sebagai hamba-Nya..
kenapa aku mudah LUPA mengenai hal ini..
ALHAMDULILLAH aku sudah mulai tenang..
aku bersyukur pada-Mu ya ALLAH kerana menyedarkan ku dgn segera apa yang terjadi ini..
Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini..
Dan aku pegang akan kata2 ini :

Untuk semua ini yakinlah lah kita bahwa cobaan ,ujian ataupun musibah yang di berikan kepada kita sebagai umat hanyalah sedikit untuk menguji kita akan keikhlasan kita dalam menghadapi hidup ini sebab dalam ayat quran di sebutkan :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(al baqarah 214)

Aku p0wn dah memaafkan orang tersebut..
Aku ucapkan terima kasih kepada insan yang telah mengambil hp aku..
Dan aku p0wn telah memaafkan insan tu dengan sepenuh hati..
Dan aku didalam proses melupakan hp aku tu dgn perlahan2..
Bukan apa,aku syg hp tuh..
SBB hp tu aku beli pakai duit aku sendiri..
Duit titik peluh aku time keje dulu..
Dan duit 1st gaji..
Tapi aku redha semua itu kalau itu sudah takdir dari Nya..
aku xkan mudah melatah Insyallah..
Aku yakin dan Pasti mungkin ALLAH mahu bagi aku yang baik dari ini..
Setiap kali aku solat,aku sentiasa berdoa supaya d beri aku kekuatan untuk aku menghadapi cubaan dan ujian dari Nya..
Alhamdulillah airmata kini sudah kering d pipi ku
DAN
Senyuman sentiasa lebar d mulutku..
Aku berharap aku sentiasa begini..
Begini dan sentiasa begini..
AMIN~ ~ ~
thanx buat sahabat yang sudi membaca luahan hati aku ni..
sem0ga k0rang menjadi kuat dan tabah seperti aku orait..
jangan terlalu emosi dan sedih bila korang dapat musibah ok..
korang tangani lah ia dengan fikiran yang terbuka..
INSYALLAH allah swt akan bersama2 dengan orang yang beriman..
aku sudai aku nyew p0st ni dengan serangkap pantun ea

budak2 bermain hujan,
bermain hujan dengan mat jan,
jangan lah emosi ketika dilanda ujian,
kerana allah swt hanya ingin menguji iman.

assalammualaikum~ ~
adios \\\

Thursday, March 24, 2011

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah


Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun.
“Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip.
“Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati.
“Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya
“orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.

 
Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)