home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Wednesday, August 29, 2012

Perhimpunan Merdeka 55 - Janji Ditepati


29 Ogos 2012 ; 4:19pm

Assalammualaikum wbt dan selamat petang uols…hope semua sihat hendaknya. Entah kenapa aku merasakan sejak2 akhir2 ni jari jemari aku rajin je mengupdate kan story morry kat laman sesawang aku yg agak bersawang ni kan… Ini membuktikan yang aku agak la xbz kan kat pejabat. Serius wei terlalu la bosan sampai xtahu nak buat apa kat pejabat. Almaklumlah student practical je kan. Apa2 pun bukan itu kisah nye aku mengupdate entry kali ni okeyh.. Tajuk entry kali ini adalah
‘PERHIMPUNAN MERDEKA KE-55 – JANJI DITEPATI’
Yess…that’s topics that I wan to talk2 wit u guys..Actually aku sebenarnya pown xlah terlalu excited sgt benda2 cam gini kan. But semangat kemerdekaan sentiasa ada di jiwa aku xkira la hari apa pown. Amacam semangat x??haha.. Untuk menunjukkan bukti kesemangatan aku ni kan aku telah snapkan picture aku yg agak ok la jugak kan…



Acaner??ok ke idak?hihi.. Bosan2 aku mula mengedit pic tu..tapi tetibe tgn ni rajin plak nak mengedit pic lagi mnggunakan Adobe Photoshop CS5.. Pic yg aku edit seterusnya ni sebenarnya aku nk letakkan kat cover kat mukabuku ku..hihi..gambaq dye seperti gmbr dibwh ni..


4 uols in4mation, sebenarnya aku dan member2 practical yang lain di suruh=dipaksa=rela?? pergi join this perhimpunan..4 wat??good question…now I tell u ar..sebab musabab kitaorg kena join coz setiap bahagian Malaysia Airports Berhad kena menghantar wakil2 mengikut kuantiti yang diminta. Is’t clear guys? Sila tunduk tanda faham okeyh. Jadi ramai staf2 yang cuba mengelakkan diri daripada terlibat dari program ini. Jadi yang kena tempias nya adalah budak practical.yuhuuuuu..suka nyer….hahaha.. apa2 pown aku xkisah pown la hal ni..it is a small matter. Bila lagi aku nak join program cam gini kan. Nanti dah balik my hometown xdpt nak rasa dah kan. So I take the action like experience to me.. lalalala.. serius aku ikhlas wei. Ermm..insyallah kalau xdew aral melintang kitaorg g Jumaat ni. Pengangkutan disediakan jam 4 petang di Masjid KLIA. Tapi xtaw g nak g gan sape. Sama ada kawan member aku ataupun transport diorang.. Fikir2 balik excited pown ada gak..mula la fikir nak pakai baju apa kan..tudung apa..kasut apa…
Hahaha..biasa la perempuan katakan..

Disini jugak aku ingin kasitaw sedikit info mengenai Tweet Merdeka. @TwtUpMerdeka #Merdeka55 @NajibRazak




Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM) 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Harapan ikhlas aku semoga hari tersebut berjalan dengan lancar hendak nya.. insyallah~~amin~~ apa2 pown d harapkan info yang aku berikan ni dapat membantu serba sedikit anda semua dalam merencanakan perjalanan anda pada hari itu yer…wah gitu kan… aku rasa setakat ni je kowt aku membebel kan. Sekali lagi aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE-55… Harapan aku biarlah kita berlainan politik, tetapi biarlah pada hari itu kita bersama2 dibawah satu Negara yang sama iaitu Malaysia!!
Bye..
Assalammualaikum wbt.


Yang Benar,
Anak Malaysia,
Siti Asma Yusof

Tuesday, August 28, 2012

Coretan Hati Si Pelaku Dosa


Ya Allah..
Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku

Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu...
Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu

Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..
Duhai jiwa yang resah..
hayatilah pujukan murni daripada Allah ini..
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kesemuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
[39:53]



Alkisah Hari Raya P.P.A 2012


28 Ogos 2012 ; 11:08am

Assalammuaikum wbt and very gud mornink to all bloggerzzz… Hope belum terlewat la untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin jika ada terkasar bahasa atau tercopy and paste blog org atau terambil tutorial orang tanpa kebenaran yer.. Masuk hari ni dah raya ke-10 kan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Diharapkan semua nya berjalan dengan lancar hendaknya. Bagi yang berduka pula sewaktu hari lebaran ni disebabkan kehilangan orang yang tersayang diharapkan banyakkan bersabar dan sedekahkan kan lah al-fatihah supaya roh nya tenang di sana. Amin Ya Rabbal A’lamin.. Jom kita cerita kan pengalaman hari raya aku cmner kan. Sebenarnya agak banyak jugak la topic yang ingin diceritakan. Klau boleh aku nak cerita dari hari hari ke hari. Tapi memandangkan jari jemari aku ni pown ada 10 je, langkah drastic yang aku akan lakukan adalah menceritakan dengan lebih ringkas gitu kan. Perjalanan balik kampung aku berlaku pada hari Jumaat jam 10.30 malam. Memandangkan aku tumpang member ke stesen seremban, jadi kena la bertolak awal sikit sebab dye kena bertolak balik kg awal sebab takut jalan jam. Seawal 10pagi kitaorang dah gerak dah… bersama2 dengan aku di stesen bas Terminal1 Seremban adalah Effa Shiteru dan ex-boyfriend(baru break semalam…sapa yg mintak putus??sebab apa??kalau nak taw teruskan tunggu entry akan datang yer..hih).. So, berjln2 la kami kat area2 mall situ.. Aku rasa org yang meniaga kat situ pown dah agak bosan melihat kami kehulu kehilir. Yela bayangkan la bas lambat lagi kowt.. bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla….
….
….
….
….
Dipendekkan cerita sampai dah umah kat yan,kedah….My dad suruh masak rendang ayam untuk makan malam ni dan pagi esok.. ngeee???ayam rendang?ok u can do it..its easy right??lalala..ops…lupa nk gitaw,mesti korang muka agak2 blur2 kan..mesti hampa tertanya2 mak dye nix dew ke…woi2…my mom ada ok…Cuma my dad dah hantar my mom and adik no4 and no5 balik awal yakni hari khamis lagi. Because xmuat kowt nak balik kg sekali ‘harung’..(harung in kamus dewan pustaka kedah bermaksud semua)….yela anak2 semua dah besaq panjang..badan pown agak2 chubby and chomel kowt.. hihi. Kakak aku maybe akan sampai petang sabtu kowt..adik aku no3 sampai dalam tengahri sabtu. Jadi sementara nak tunggu diorang balik dah menjadi tanggungjawab aku sebagai anak yang solehah gitu kan untuk mengemas rumah…. bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla
….
….
….
….
Tadaaaaaaaaaa……ni la picture yang sempat aku snap.. Antara menu yang ingin dimasak adalah:

1)       Ayam rendang
2)       Sayur goring
3)       Nasi Minyak

p/s : sambil memasak pown bleh on9 lagi...lala



Chef yang turut membantu adalah my lovely dad. Terus terang aku cakap my dad is my idol coz dye memang pandai masak. Sebab tu badan my dad n anak2 dye semua sama je kan..lalala.. bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla….
….
….
….
….
Akhirnya hari yang ditunggu2 pun tiba…yeaaaaaaaaaaaaa raya….raya….raya……serius wei aku pendekkan cerita la yer. Kalau nak cerita one by one mmg agak panjang la entry aku kali ni kan. So kat sini aku serta kan serba sedikit picture time aku beraya wit my lovely and sweety family. Hope u guys enjoy..

p/s : our family..yg depan tu my tokwan...yg perempuan semua adik brdik aku.yg lelaki tu my cousin.

p/s : he is my hero...


p/s : dalam kereta nak g hantaq adik balik langkawi..Hantaq sampai kuala kedah jew..

p/s : ni lah pemandangan rumah ku syurga ku..rasa kejap je balik...urmm :'-(

p/s : yg ni plak my sis yg sulung.


p/s : "Kakma, adik mintak ampun mintak maaf yer....nak duit raya",kata adik kpada  aku.


p/s : nampak x linangan airmata berkaca2 x??thun ni kasi duit raya kat abah...rasa terjaru sbb dpt kasi duit raya kat abah.



p/s : saya syg abah..


p/s : anak gadis yg meningkat dewasa.


p/s : my lovely mom and dad..

p/s : Tudung pink : adik ke-4
Baju oren : adik ke-5


p/s : g beraya umah org sempat lagi snap pic kan...


Xsilap aku raya kedua atau raya ketiga kowt aku g kuala kedah ni. Tujuan utama berjumpa wit my lovely and nicely friend yakni Nina…Kitaorg jalan2 kat Alor Setar Mall pastu agak2 bosan kuaq jalan2 g Kuala Kedah. Lokasi nya aku xberapa nak pasti betui ke x aku taip ni kan. Xsilap aku Marina kowt..cm gitu la.. seriously aku jatuh cinta dgn tempat ni auw. Kalau boleh kalau aku kahwen nanti kan, aku nak buat photoshoot kat sini ar. Pemandangan dye memang cantik kowt. Wei aku xtipu kowt. Cakap pown xguna gak kan kalau xde bukti kan. So kat sini ada beberapa picture yang tlh aku snap kan. Macam biasa model yang terlibat mestilah aku sendri dan jugak my friend miss nina.. Lepas lepak situ perut ni gatai nak makan laksa la..xtaw pasaipa tetibe je..hihi.So lepak la kedai mkn yg juai laksa..kat area kuala kedah..seiusly memang best la..Laksa makcik tu kasi gua terangkat la..hihihi..Jangan risau aku ada snap jugak picture tu..khas utk tatapan korang..hihi…bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla….
….
















….
….
….
Waktu2 raya cm gini selalu nya orang akan berlumba2 untuk melakukan perkhahwinan…almaklum lah time ni org ramai balik. So,aku adalah salah seorg insan yang bertuah kerana d jemput untuk menghadirkan diri ke kenduri depa.. Tujuan aku hanya satu, bawak perut dan isi perut dengan nasi kenduri dengan banyak nya..(hancus diet ku selama sebulan..ngeee~~)…. bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla….
….

….
….
….
Beriadah wit my family
That is small topic for this section..wah kelas ko asma speaking gitu..So, cuti2 cam gini la nak dekat kan diri dengan keluarga yg tercinta kan.. Makan sesama…jalan2 tepi bendang gan adik2….g pasaq malam dengan my sis…picture2 d bawah adalah serba sedikit aktiviti yg aku lakukan wit my family.. bla bla blab la bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla….
….
ikan terubok bakaq..makan di halaman luaq umah..hape hingat kat taman xleh buat er??hihi


nyam2....sedapnyer.....



pekena lak aiq asam...perghhh....

Jalan2 wit my adik bongsu at tepi bendang,,,

pemandangan gunung gerai....lalala...




my sis....'along'


kesian my sis teringin nak mkn pasembuq kat sini..punya la ramai..beratur punya beratur terus cancel...ngeehh~




Sebelum peti ais dicuci..


Selepas peti ais d cuci.


1st time buat kuih donat berpandukan buku resepi..nak taw hasilnya??teruskan scroll mouse  anda,...

doh donut yg telah mengembang dek kerana mauripan.


donut tengah d gorengkan..



amcam kira lulus x ni??




yeahhhh..akhirnya berjaya jugak aku siapkan ini donut with my own effort.walupun tgk buku resipi...hihihi

yummyyyy..adakah anda terliur??


yesss...berhasilll...


I think that’s all I want to share with u guys lorh..if I have a bit time I continue my entry wit a story morry about my ex-boyfriend plak yer.. hope uol still support this blog yg xseberapa ni.i luv my blog and also my reader..thanx very much.Sampai berjumpa lagi d next entry..
Bye..
Assalammualaikum..


Yang Benar,
Gadis Bersemangat.
Siti Asma Yusof.
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)