home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Wednesday, June 27, 2012

Filem HANYA AKU CINTA KAU SEORANG


27 June 2012 ; 10:06 am

Assalammualaikum P.P.A…. aku hrp semua blogez2 sihat la hendaknya.. OK kita terus pergi ke titik yang lurus ok….hape???xpaham??haduihhh….xguna belajaq tinggi2 klu xpaham…hahaha…titik yang lurus tu bermaksud “Straight to the  point”….. amacam paham x???sudah2..xpyh nak senyum2 kambing noh… kita teruskan story morry tentang aku ok.nak dgr x??ok2 sorry miss communication…bukan dgr kan…nak baca x kisah aku yg selanjutnya…ok nak dijadikan cerita aku skunk ni dok demam dengar lagu HANYA AKU CINTA KAU SEORANG… seperti yang korang tahu filem ni dilakonan oleh Aeril Zafril, Fezrul Khan, Shima Anuar, Nuremy Ramli, Mon Ryanti dan Elmy Moin. Hacks diarahkan oleh Ahmad Khusdi Khadri (Ollynn) yang mana 2 minggu lepas filem pertama beliau Janda X baru saja menjengah di pawagam. 


Berikut ada lah sedikit sinopsis untuk korang ..

“Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.
Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.
Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.


Seperti yang aku tengok la kan,pelakon utama dye iaitu Nuremy Ramli sebelum ni banyak berlakon sebagai watak tambahan jew.. 1st time aku tgk iklan dye kat tv agak terkejut jugak la… Eh2 dye ni berlakon watak utama tuh… apa2 pown tahniah untuk dye.Yela kalau dye xdew bakat,xkan la diorg nak amik dye jadi watak utama kan.Aku harap lepas ni rezeki Nuremy Ramli akan melimpah-limpah.Insyallah amin~. Btw aku ada jugak la terbaca artikel2 kat internet ni yang mengatakan dye ni dh berhijrah dengan memakai tudung.ALhamdulillah lah kalau macam tu kan.  Rezeki tuhan nak bagi kat mana2 je asalkan kita berada dijalan yang diredhaiNya kan.Baik lah,disini ingin aku kongsikan sedikit tentang pelakon utamanya iaitu Nuremy Ramli.




NAMA: Noreminadiya Ramli 
TARIKH LAHIR: 7 April 1986 
ASAL: Sungkai, Perak 
PENDIDIKAN: Diploma Pengurusan Perniagaan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) FILEM: Castello, Maut, Senjakala, Cinta Ekstra, Halimunan, 3 Temu Janji, Nongkrong, X dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang 
ANTARA DRAMA: Rambong, Impian Raya Emelyn, Ana Lulu, Dendam Orang Minyak, Gerak Khas, Delima Wanita, Bola Cinta, Atas Nama Cinta, Janji Kekasih & Cinta Buat Emelda





 Oklah nak diteruskan kisah lagi la kan…ops…aku rasa macam panjang la plak post aku kali ni kan…hewhewhewhew…erm…jom kita kaji lak lirik lagu ost flem ni kan..

OST- Lirik Lagu Hanya Aku Cintakan Kau Seorang - Farique Nadzir
Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang 
mengunung,

Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu

p/s : lirik lagu ni dipetik dari http://busuk.org/ping/view/231471

Aku rasa dah bape puluh kali aku ulang lagu ni.. Aku rasa kalau telinga aku boleh cakap dye dah suwuh tukaq lagu laen da…hahahaha…nak buat cmna wei..bait-bait lagu ni macam tujukan untuk aku je kowt.
Wah..mula lah nak layan perasaan kan..Nk dijadikan cerita sebenar memang cmni wei… Macam post2 aku yg sebelum ni yang aku ceritakan kat korang ni..(macam la korg ikut post2 aku sebelum ni kan..kpada yang ikut post2 aku yg sebelum ni tahniah diucapkan dan segulung terima kasih yg mampu tuan punya blog ini ucapkan…hihihi)…. Betul wei…aku rasa macam aku ni teramatlah kasihan la wei. Yela, mula2 tu aku jual mahal la jugak kan.. Tapi kenapa masa tu dye cuba sedaya upaya nak amik hati aku.. Tapi setelah aku percayakan dye.setelah aku serahkan hati aku untuk dye jaga.selepas dye tawan hati aku ni.. setelah dye curi hati aku ni…lepas tu senang2 dye lepaskan tangan dye dan terus tinggalkan aku dengan sepatah ayat…(naseb baik la ada ayat dye jugak kan..kalau tanpa sepatah kata..merana aku wei…gantung xbertali nama nya tuh..huhuhu)….Lepas aku putus dengan dye…hidup aku makin sepi.. Tiada lagi senda tawa..tiada lagi ketawa dibibirku ini..tiada lagi gurau gurauan….arggghhh…… hidup aku makin kosong….kosong….kosong….tetibe teringt lagu najwa latiff tuh…huhu… Tetapi walau apa pun yang berlaku aku harus bangun.. Menhadapi semua ini sendiri seperti sebelum2 ini sebelum aku kenal dengan mu….Bush..bush…bush…bush….tertibe tersedar daripada lamunan….hahahahaha….apa yang aku merepek ni kan…yang sudah tu sudah la kan..jangan difikirkan sangat..ok lah wei aku rasa dah xlarat nak taip dah la..ada masa aku update lagi citer ok..hope korang jaga diri baek2 k..jangan lupa terus menyokong blog aku ni.dan ringan2 kan lah jari jemari tu comment aku nye post ni k..xkan nak baca je….hihi..terima kasih skli lagi sbb sudi baca post ni sampai habis…hihi..aku sudahi post ni dengan ucapan
Assalammualaikum…

Yang Benar,
Gadis Keseorangan,
Siti Asma Yusof.

Ceritera Tergantung


18 June 2012 ; 11:39 pm

Assalammualaikum P.P.A aku ucapkan. Hope korang semua sihat la aku ucapkan ea. Aku baru sudah makan ubat je. Ops terlupa lak nak update status kat sini.. Almaklumah selalu update status kat facebook situasi skunk je…(mesti korg agak blur2 sikit ayat aku yg tu kan..buat2 paham je la noh..).hihi.. Buat pengetahuan semua sy pemilik blog Punya Pasai Aku ni kurang la sihat gamaknya.. Dah nak dekat 4 hari cam gitu la.. Lagipun aku bukannya kira sangat berapa hari aku xsihat.. Main bantai ja.. Aku ingat nak jumpa ngan doctor la Ahad tu kan. Sebab serius aku ingat aku xnak la manjakan penyakit aku ni sgt kan. Tapi hari Ahad(jatuh hari 17June2012) tu memang aku rasa xtahan gila la..rasa cam nak pitam.. Dan kebetulan aku g keje pagi tu. Dah la aku demam pastu nak on the way g keje sepanjang jalan hujan lebat.. Camner nampak gaya nya nak sembuh penyakit tu kak limahhh uitttttttttttttt… Owg kedah kata ketegaq(bermaksud xdengar cakap…)..Kawan dah kata tunggu hujan reda dulu…degil nak p.. Bukannya apa.aku xsuka mai keje lambat la.. AKu kan pekerja terbaik kan….( acececece..yo la tu asma uit..)..dengaq boleh..percaya jgn….huhuhu…………….

p/s: citer tergantung...

Friday, June 15, 2012

Macam2 ada kat Nilai


15 June 2012 ;12:40am

Assalammualaikum dan selamat tgh pagi aku ucapkan kepada my bloggerz dan juga pembaca2 yg sudi singgah di blog aku yg xseberapa ni kan.. Melihat waktu skunk adalah jam 12:40pagi kan… Aku xtidoq g pown.. Tadi lebih kurang kol 9lebih mlm aku gan kawan2 umah aku g kuaq g Giant Nilai jap coz member umah nak beli brg sikit untuk jamuan esok. Katanya nak buat ala2 puding jagung cam gitu la.

p/s : Giant Nilai


FYI( singkatan untuk For Your Information), jamuan tu berkenaan untuk seowg kakak tempat aku prktikal ni esok last dye keje.. Jadi ada la buat jamuan sikit2 kan. Sebenarnya aku pun bukan lah kategori rajin sangat nak join2 benda alah cam gitu kan. Tapi dah ada org ajak kan. So wajiblah diri ini untuk menghadirkan diri kan. Berbalik kepada cerita aku tadi lepas kitaorg beli brg kat Giant Nilai, ingat nak lepak2 kat Dataran Nilai sebb slalu ada UpTown kat situ malam2. Tapi betapa kecewa nya..betapa frustnya..(naseb baik x golek2 kat Dataran Nilai tu nak suwuh depa bukak kedai..huhu).. Dah alang2 menyeluk pekasam dan apalah salahnya meluangkan masa kat situ jugak. Yela jauh la gak dri sepang nak ke Nilai kan. Ada la dlm 20minit @ 15minit(klu bawak laju la..hihi)

p/s : amacam luas x padang dye ni??korang free bleh la lari marathon kat sini mlm2..hihi.

p/s : Tugu yang tersergam indah...indah kew nyah??hahaha

p/s : Yang best nyew kat sini aku rasa selesa dan selamat sangat sebb yg datang kebanyakkanya family2...miss
my family..huhu(T__T)

p/s : salah satu aktiviti yg xlengkap tanpanya iaitu poco2..lagu2 yg didendangkan nya jugak agak menarik..huhu


~~~~ p/s : pic2 yang diambil kat google je..almaklumlah nak amik pakai hp sdri kurang berkemampuan..tunggu la aku beli Samsung Galaxy Y nanti k..hahaha


…Diteruskan cerita... Apa yg kami buat kat situ??
Hahahaha.. Semestinya benda ni korang susah sikit la nak buat kan memandangkan factor usia yang agak meningkat kan.. Tetapi dengan bantuan pencahayaan yang kurang(maksud aku lampu xdew la…samar2 cm gitu la)..So,org xnampak la kami buat apa..hahaha….Oiitttt..jangan pikiaq benda laen noh.. Plezeeeeeeeee ok… Haissshhh… Hoih2…. Yg dok2 senyum2 tu pasaipa..Meh ceq nak terangkan apa yg kami buat ok sebelum hampa2 smua ni melalut pikiaq benda laen kan. Btw kami ni semua perempuan k..Mustahil la kami nak buat benda xelok kan.Klau dengan dak laki pown xkan la kami nak buat cmtu kan. Insyallah..Semoga kita semua terpelihara olehNya dari melakukan benda2 yang xelok ni kan.. BUkan apa..dah la tempat tu gelap.Jadi apa lagi budak2 kat situ ambik la peluang ni untuk melakukan asmaradana baik punya kat Dataran Nilai tu.. Dah la budak2 kecik banyak main kat situ. Boleh plak depa p dok buat wayang kulit boleh noh. Siap dengan bunyi2 lagi..(maksud aku kiss)..ngeeee~~.. Woiitt kami p sana bukan nak jadi keje tukang skodeng okeyh.. Bukan2 macam tu k(mungkin ada ciri2 seorg pekerja JAIS kowt…hihi)…Back to the topics aku g sana saja untuk lelepak kat taman permainan kat situ.. Benda yang mustahil sikit la nak main kat org ramai kan.. Aku dah buat tadi. Aku ada…Korang ada ka??xdew kan…hahaha.. Aku main buaian… Main papan gelungsoq(walaupun agak tidak muat disebabkan kelebaran aku yg agak membesar ni kan..hahaha) dan main papan jungkit…. Wahhh rindunya nak main ni semua tyme kecik2 dulu.. Ingat lagi aku tyme g taman permainan… Abah selalu bawak adik beradik aku yg lain g taman… Aku ingat lagi masa aku dok kat alor setaq dulu… Taman Ampang Jajar kowt xsilap aku nama taman reakreasi tu… Best sangat… rindu la pulak time kecik2 dulu… HUhuhu.. Tapi masa xkan berundur kembali kan.. Yang boleh hanya mengingati kenangan2 lalu je.. Tapi untuk kembali kemasa dulu adalah xmungkin.. Kecuali dengan kekuasaan Nya.. Tiada yg mustahil bagiNya kan.. Kun Fa Ya Kun yang bermaksud Jadi,Maka Jadiah Ia..klau Allah berkehendak itu terjadi,maka akan jadi lah ia…huhu.. Tahu lah jugak serba sedikit pasai agama ni.. Awat ingat aku xtaw ka..Hello tlg sikit k…huhuhu..Lepas lepak tu, Kak Laila merangkap housemate dan jugak opice mate aku mengatakan ingin belanja minum2..aku apa lagi rezeki jangan ditolak..maut jgn d cari kan??So tetapkan plan nak minum2 kat Bandar Baru Salak Tinggi.. Tapi p sana kedai mkn xdak yang menarik sgt pown…huhuhu..so tukaq plan lain nak minum2 kat Kota Warisan(sebelah kedai Dobi yg aku keje partime tu..meh nak promote sikit Kedai Dobi Warisan Laundry k..hihi) plak memandangkan Kak Laila xpenah g sana… lepas minum2 kitaorg terus balik umah.. Sampai umah aku sembahyang isyak smua kasi selesai pastu g toilet buat..(buat apa g toilet??haiiishhh xkan tu pown aku nak citer buat apa kan…haha)….pastu g singgah dapur jap tgk kak laila buat kuih tu.. Sonang jo rupanya.. Nanti aku share resipi tu kat sini k.. Mata aku pown dah agak gantok ni wei.. Esok keje lak. Aku berazam nak bangun awal esok ni… Xmau dah lewat2 ni.. Saya nak jadi pekerja yg cemerlang…(ecececececehh…ckp je tu..buat nye idakk kan,…huhu)..ok lah I think I should move la.. masa pown mencemburui kita ni….sambil2 aku taip ni sambil2 tu tgh lyn lagu dari Yana Shamsuddin ni.. tajuk lagu AKU PASRAH…. Best jugak wei… sedih jew dengar lagu ni…berkali2 dh ulang ni…huhu..ok lah wei aku gerak dulu. Sebarang tulisan dan perkataan yg menguris hati mana2 pihak d harapkan diampunkan..Terkasar bahasa ke apa kan.. tapi pikir2 balik kan, Punya Pasai Aku la kan..(nama blog aku kan….hihihi)..ko ada???xdew kan…hihi..ok lah wei..jaga diri baik2.. semoga kita menjdi insan yang cantik dimataNya..Biarlah kita xcntik d mata manusia,tetapi dimata Allah SWT kita sudah cukup cntik kan. Yang baik itu dtg dariNya, dan yg lemah itu datangnya dari saya, penulisan saya dan blog saya ini… Harap semua gembira dan ceria2 selalu… 

Bye.. 
Assalammualaikum…

Yang Benar,
Pemilik Rasmi Blog P.P.A
Siti Asma Yusof.

Thursday, June 7, 2012

Jom Belajar MARQUEE DIRECTION

Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Hari ini aku nak mengajar korang sikit ni beberapa ilmu aku yang xseberapa ini. Almaklumlah..orang kata kalau nak cepat paham kita kena la ajaq orang kan. Bawu la kita pown 2 kali ganda paham nya kan?? Idak gitu??
Nasihat aku jangan kedekut ilmu okeyh...Jadi berbalik kepada topik kita pada hari ini mengenai marquee direction. Apa itu??Mengikut kefahaman aku la,xtaw la korang boleh faham ke x kan.Yang aku faham ia adalah sejenis coding yang dipakai didalam html untuk digunakpakai di dalam laman web.Senang cerita tulisan bergerak la..Xde la tulisan statik je dduk nye kan..Idak nye la bosan memandangnye kan..Ok skunk ni aku nak kongsikan coding nya yang aku ambil dri web ni --->> marquee direction
 Kita teruskan langkah yang seterusnya k iaitu;






News 1 News 2 News 3 News 4 ....... More news here


Tulisan ini menggunakan OnMouseover dan pencetus peristiwa OnMouseout.





Yang atas ini plak menunjukkan link yang bergerak tetapi apabila cursor disentuh ia akan berhenti daripada bergerak.Begitu juga sebaliknya.




News 1 News 2 News 3 News 4 ....... More news here





Keajaiban Kehidupan


7 Jun 2011; 2:58 pm

Assalammualaikum aku ucapkan kepada P.P,A merangkap blog kesayangan aku ni. Macam biasa sekarang aku kat pejabat. Xbuat apa pun dari pagi tadi. Amacam agak relax jugak kan aku praktikal kat sini kan. Xpelah nak buat cmner kan. Terima je la.. huhuhu.. Berbekalkan lappy dan tenet wifi yang ada kira dah cukup dah bagi aku ni taw ar..huhu…

Macam biasa jugak on9 facebook, email, twitter ,tengok movie dan yang aku tgh lakukan skunk ni adalah update blog sambil layan lagu jiwang. Kadang2 kita xboleh tipu diri kita ni bahawasanya ada jugak la kejiwangan dlm diri masing2 kan.. BUkan apa,kadang2 layan best jugak kan. Dalam dok layan tu mesti akan terkenang kembali saat manis2 psangan2 yg pernah aku couple dulu(bunyi cam ramie je kan..tapi boleh la…hape hingat aku ni xlaku kew??)lalalalalala..dah2 stop about love story k…we talk2 about hari2 lepas k..4 ur information telah terjadi beberapa incident dlm hidup aku yg membuatkan aku menangis dengan teruk nya kowt..huhu.. Mengenai apa??mesti korang agak tertnya2 jugak la kan? Mengenai hal tu agak rahsia jugak la nak kasi taw kat sini kan. Bukan apa,along yakni merangkap akak aku yg paling sulung(padahal aku no2 je kowt) tahu pasal blog aku ni.. Kang dye report kat abah mak aku pasal hal ni kang.. Atas sebab tu la aku terpaksa merahsiakan hal ini dari blog aku ni yer.. Mesti korang kata cmni kan dalam hati(Klau xnak kasitaw baik xpayah cerita,buat org tertanya2 je…)…yer idak?? Sebenarnya bukan itu tujuan aku okeyh.. Tujuan aku adalah untuk bagitaw keajaiban dari Allah SWT.. Korang percaya x dlm hidup korang mesti ada keajaiban berlaku(bukan nye magic2 cm citer kartun tu k…xmau2..kurafat semua nya tu..) . Maksud aku keajaiban yg berlaku tanpa kita sedari.. Tapi bila2 fikir2 balik semua nya tu datang dari Allah SWT tw x.. Berbalik kepada cerita aku ni adalah mengenai kisah aku yang menghadapi masalah/dugaan yang membuatkan aku menangis. Macam aku xboleh nak menghadapi nya. BUkan apa,rasa macam sekelip mata je Tuhan nak kasi kita nangis. Mungkin fikiran tengah  serabut time tu sampai xdapat nak fikir jalan penyelesaian yang terbaik. Lepas tu, keadaan aku ok la sikit.. Aku dengan rasa rendah dirinya, menadah tangan berdoa kepada-Nya.


Bercucuran gak la airmata aku turun time tu. Xlama lepas tu otak aku cm boleh berfikir. Dan akhirnya aku temui jalan bagi masalah aku tu. Dan hanya satu perkataan yang aku keluarkan masa itu iaitu SYUKUR ALHAMDULILLAH… Dan akhirnya aku dapat jalani masalah itu dengan mendekat kan diri dengan Maha Pencipta yakni Allah SWT. Nasihat aku kepada sesiapa yg ada masalah janganlah cuba untuk lari dari masalah itu. Hadapi lah ia dengan tenang. Kerana fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional. Urm… aku rasa setakat ni je post aku mengenai hari2 aku yg lepas. Diharap perkongsian ini dapat menceriakan hidup anda..(ceria la sangat kan..)..
insyallah ada masa aku post lagi cerita2 yang menarik k.. Harap korang jaga diri baik2.

Bye2..
Assalammualaikum pembaca2 blog Punya Pasai AKU(P.P.A)

Yang Benar,
Gadis Positif,
Siti Asma Yusof.

Anak-anak selalu buat salah,
Jangan dimarah tapi tegur lah..

p/s : Try buat pantun 2 kerat..hihi



This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)