home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Monday, April 30, 2012

Kenangan Terindah Untuk Kita


30 April 2012; 2:16am

Assalammualaikum..Jam sekarang tepat jam 2:16pagi..Berjalan sakan malam ni.Lepas balik keje part time terasa nak makan char keuh teow lak kat dtaran nilai.Tapi bila p je bayangkan tutup.Malam tu xdak uptown…huhu…Naseb baek kedai lain ada..Tapi bukan tu tujuan aku tulis coretan pagi2 buta ni..Aku sebenarnya nak citer sesuatu yang berada didalam benak fikiran aku ni..29/4/2012 menjadi satu tarikh pertemuan aku dengan Paul..Merangkap sahabat lama aku.Setelah beberapa kali pertemuan kami trpaksa di batalkan disebabkan urusan kerja dye…Beliau bertugas sebagai seorg askar di Kem Tentera kat Seremban(P.Dikson kowt) ..So, aku dah jumpa dye.Dye memang baik sangat.Suka bergurau.Aku dah cukup faham sangat perangai dye yang suka mengusik aku. Dye ni suka cakap nak gorat2 awek2 la apa2 lagi ntah dye mengarut..Tapi aku percaya, jenis dye cakap je..tapi xbuat pown..Aku dapat rasa yang dye betul2 ikhlas dengan aku. Aku snagat2 hargai saat2 bersama dye siang tadi. Tapi dye terpaksa bergegas balik tadi atas urusan kawan. So,aku xboleh kata apa la. Apa yang aku taw org laki kalau pasal kawan, sanggup tinggalkan awek dye la.. Walaupun tgh berdating..huhu.. Lepas makan tenghari kat Warong Mak Wan kami pown balik la... On the way nak balik tu ada gerai buah durian kat seberang jalan.Dye Tanya aku nak makan ka.Aku cakap la xnak la..Tapi bila lepas jew gerai tu aku bye2 kat gerai tu…Aku saja ja mengusik dye..
”Hurm…nampaknya kempunan la saya nak makan durian”,kata aku kat dye..
pastu taw ar apa dye buat. Masa kat traffic light depan tu, dye boleh U-Turn balik p kat gerai durian tu..Hahahaha..Aku rasa ni kali pertama aku rasa sangat2 dihargai. Perasaan sayang kat dye makin bertambah2. Dye terlalu baik untuk aku. Pada waktu tu aku harap masa boleh berhenti waktu kami makan durian kat tepi jalan tu. Aku xnak balik. Aku nak terus berbual dgn dye. Nak terus bergurau senda dgn dye. Tapi kenyataan nya dye harus pergi juga kan….hurm…pastu durian yang kami makan tu xboleh nak habis la plak. Banyak la plak. Pastu dye Tanya lagi, “kawan2 kat umah makan durian x?”,Tanya dye kat aku.
Aku jawablah,”Aha,kawan2 makan.Kenapa?”,
Dye jawab,”Kalau camtu bungkus la sikit bawak balik untuk diorg ea”,jawab dye.
“Ok..”,jawab aku ringkas. Dalam hati aku berbicara,”Baik betul la mamat ni fikir pasal kawan2 aku”,kata hati kecilku.
Gambar Hiasan
Pastu selesai je kami makan dye g bayar. Mak bapak terkejut kowt aku smeua sekali rm65 lebih kurang cm gitu la.Xtaw la kalau makcik tu tipu ke apa kan.Aku cakap,”Betul ke awak..kenapa mahal sangat?”,tanya aku bagi mndapatkan kepastian..Dye jawab”Betul la…harga ikut timbang durian la awak. Xpe sekali sekala.Bukan selalu kan?”,jawab dye dengan ikhlas. Tapi aku betul2 rasa bersalah ni. Xpasal2 terbang duit dye belanja aku durian..huhu..Lepas kejadian tu, dye pun hantar la aku pulang. Xsilap aku dlm kol 1:45tghri aku sampai umah. Sebelum nak turun tu aku kasi apa yang aku nak kasi kat dye. Yakni anak patung askar tu. Akhirnya jumpa jugak aku pemilik sebenarnya. Jumpa gak patung tu dengan tuan nye..HUHU… Jap ea aku try upload gambaq patung tu...hih..


My Bongok..hihi


Selepas itu masa terus berjalan… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………….sehingga lah malam. Kami bermesej macam biasa. Cuma dye sibuk sikit je. Malam2 pown masih berbaris..huhu.. Tapi xpelah, dye buat keje. Fikir biar positif ok Siti Asma Yusof uitt… Tunggu punya tunggu panggilan dari dye akhirnya dye telefon jugak aku. Dalam pukul 1pagi cm gitu ar. Dye cakap baru balik dari potong rambut. Entah la aku tgk rambuat dye tadi dah pendek kowt… Nak pendek cmna g xtaw la..
Pastu sembang punya sembang aku berani kan tanya dye beberapa soalan. Iaitu,
“Awak….saya nak tanya soalan kat awak ni.Tapi awak jangan marah ea”,tanya aku bagi mendapatkan kepastian.
“Tanya lah awak,Apa dia?”,jawab dye.
“Awak memang pakai tatu ea kat tangan tu”,tanya aku kerana waktu pertemuan tu aku nampak tatu pada bahgian tngan kiri nye.
“Aha, saya pakai tatu. Dari kecil lagi. Ni adat la awak”,jawab dye bagi soalan aku tu.
“Lagi saya nak tanya awak ni, awak agama apa ea?”,tanya aku pulak mengenai hal agama yang menjadi kemushkilan aku selama ni.
“Saya agama Kristian. Xkan awak xtaw kowt”,jawab dye.
“Xtaw tu la yang saya tanya awak ni”,balas ku..
“Terbaekkkkkkkkkk”,jawabnya..

Gambar Hiasan

Dan tetiba panggilan terputus tiba-tiba. Aku serbalah. Sama ada kredt dye habis atau dye marah dengan aku. Dah la aku pun xdew kredit nak call balik. Tanda tanya semakin berada difikiran aku… Enath la.. tunggu esok jelah.. Ok lah jam pown dah pukul 2:51am dah. Esok dah la keje..Jumpa esok lagi ea. Insyalllah…Aku masih lagi menunggu jawapan dariMu Ya Allah…samada keputusan yang aku buat ini betul atau x.. Kau berikanlah petunjuk pada hamba-Mu ini.Amin Ya Rabbal A’lamin..Aku undurkan diri dulu yer. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku ni dari awal hingga akhir ea.
Luv u guys..

Assalammualaikum Cinta,
Yang Benar,
Gadis Cinta,
Siti Asma Yusof. 

Wednesday, April 25, 2012

1001 Kemanisan

Assalammualaikum P.P.A..
Nampak nya dah lama aku x mengupdate kamu kan?Almaklum lah minggu lepas aku sibuk sikit.
Sbb aku ditugaskan kat Terminal.Banyak jugak la keja kat sana.Tapi dah bos suruh balik mai AMC balik kan.
Puas gak la aku berjalan2 kat sana.Best tu best jugak la.Sebab dapat kenal ramai orang kan.Aku dapat lihat pramugara,pramugari,kapten2 dan juga pelancong2 luar negara.
Keterujaan terselit disitu.Hihihi..Dan setakat ini tahu jugak lah aku selok belok kat situ. Dan yang penting security memang kuat lah kat situ. Nasib baik la kami ada pas, so boleh la pergi kemana saja yang kami suka.
Memandangkan kami technician kat situ jadi kena la banyak berjalan sikit kan.

Baru2 ni aku dapat pas baru..almaklumlah sebelum ni pakai pas harian ja.dan skunk ni pas sementara dah siap.Pas ni bertahan selama 6bulan.Elok sangat la tu,kami praktikal pun memang 6 bulan pun.Cukup2 je kan,,Jap ea aku upload kan gambar nye...hihi..

p/s : terdapat sikit keterujaan di situ kan?hihi

Amacam ok x?Waktu ni dah ada kat pejabat dah.Hal ni berlaku kelmarin.hurmm...waktu ni aku dah rasa sakit gigi sikit2 dah. aku xtaw plak boleh melarat sampai semalam sampai la hari ini.Gusi aku bengkak kowt..wua3... :-( hurmm....sebelum aku lupa aku nak berkongsi citer pasal kelmarin ni..Selalu aku balik kerja aku teringin sangat nak singgah solat kat Masjid KLIAatau dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samad..Besar giler masjid ni tgk dari jauh auw...Pastu kelmarin petang tergerak hati nak singgah solat asar lepas balik kerja kan.Aku begitu kagum dengan keindahan dan ketenangan didalam masjid tu.Jap ea aku try cari gambar kat google..

p/s : Pemandangan nya dari jauh sudah cukup membuatku tertarik untuk  ku
berkunjung ke rumah Mu.

p/s : Ketenangan seperti ini tidak dapat ditandingi mana-mana ketenangan.Insyallah.

p/s : Sembahyanglah sebelum anda di sembahyangkan.

Yeahh..akhirnya berjaya jugak aku mengupload serba sedikit gambar ni.Terima kasih kepada pak cik google.hihi.Mesti korang teruja kan melihat pemandangan masjid ni.Disini aku menyeru kepada korang datang lah kesini.Mencari sebuah ketenangan yang tidak mampu dicari di mana-mana.Pada-Mu ku bersujud.Menyembah pada Tuhan yang satu.Moga-moga ditebalkan iman didada dalam mempertahan kan agama Islam yang satu.Insyallah..Amin~~
Aku mintak diri dulu.Ada keje sikit.
Assalammualaikum~~





Kisah Hati



BAB  1

Permulaan perkenalan kami dalam lingkungan tahun 2010. Seingat aku dan dia kami berkenalan semasa aku tengah melakukan latihan industri di Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Pada mulanya kami berkenalan di laman social iaitu Yahoo Messenger.Seterusnya dye mintak nak add kat Facebook. Jadi aku kasi la.Selepas tu kami terputus hubungan. Masa tu hubungan kami just macam kawan-kawan biasa sahaja. Dan pernah jugak la aku bosan-bosan aku mesej dye. Dye pun balas. Lepas itu stop. Macam itu la cerita nya.Kami tidak berapa nak rapat sangat la macam sekarang ni..hihi.. Sehingga lah kami berhubung kembali secara serius di talian telefon. Hari demi hari hubungan kami seakan-akan macam rapat. Aku ni yang jarang topup pun kini makin ligat tambah nilai kredit. Buat pengetahuan korang insan ni berasal dari sabah bha.. Aku selalu peril cara dia cakap.haha. Dan yang paling penting, aku gembira bila berborak dengan dye. Kalau boleh hari-hari aku nak berborak dengan dye. Ada jer benda dye nak buat lawak. Hehehe.. Masa tu hanya Tuhan je la yang tau perasaan aku macam mana. Hurmm








BAB  2



Hari demi hari masa berjalan, dan dye beritahu ingin datang ke tempat aku ni.Kata nya ingin bertemu dengan aku.Tapi ada sekali tu dye cakap nak datang jumpa tapi tak dapat datang.Yup aku faham yang dye sibuk dengan kerja.Jadi aku kena la faham dengan tugas dye sebagai seorang askar yang gagah perkasa itu..hahaha.Masalah nye perkasa ke?hihi.. Jadi, berbalik kepada cerita aku tadi kami telah pun mengatur satu tarikh yang sesuai untuk dye datang ke sini. Dye cakap nak datang 28April2012 berharikan hari Sabtu.Aku pun setuju je la. Harap dye tak mungkir janji lah yer. Hurmm










BAB  3


Dye selalu cakap dye sayang kat aku. Dan pernah satu malam tu aku berpesan pada dye, yang aku tak nak dye sayang aku selagi dye tak jumpa dengan aku. Pengalaman telah mengajar diri aku untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah memberi hati pada orang. Bukan apa, dah banyak kali dah hati aku ni disakiti oleh lelaki. Ini bukan pisang berbuah dua kali dah.Tetapi dah berkali-kali dah.Sampai buah tu dah busuk dah pun.huhu.. Aku tak nak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lagi dimana aku pun tak tahu lagi samada dye milik aku atau pun tidak. Biarlah masa menentukan semua ini. Insyallah seandainya aku masih bersama dengan dye akan aku pertahan kan milik aku itu.

Assalammualaikum Cinta

16 April 2012, 9:08am


assalammualaikum dan selamat pagi aku ucapkan kepada korg semua.
hari ini minggu ke 3 aku menjalani latihan industri kat sini..
hari ini hari permulaan hari iaitu hari isnin..entah kenapa suasana kerja masih sama
seperti mula2 aku datang kerja dulu....haaaaaaaaaaaa..kadang2 fikir balik tension jugak
ni kalau xdew keje nak buat.kang makan gaji buta berdosa kang..tapi nak buat cmna dah xdew keje.
bila tanya xdew keje nak buat ke?xdew la..nanti ada kitaorg gtaw ea...
aduuiihhh...kalau 6 bulan cmni boleh jadi gila kowt..ergghhh....entah la wei..apa lah yg harus aku lakukan ni...
semangat dtg keje dh ada ni.siap pakai baju baru lagi ni...tapi..arrgghh..aku pown xtaw la..
kebosanan melanda diriku ini saat ini..Ya Allah kau bantu lah hambaMu ini..aku perlu kan semangat
dan kekuatan untuk aku teruskan kehidupan aku disini..Amin Ya Rabbal A'lamin..Dan aku ada berita baik gak yg aku nak kongsikan ni..aku dpt keje part time kat Kota Warisan.Kat Kedai Dobi..Balik keje ni aku terus g kowt.MIntak tlg siti hantarkan.Bos tu ckp balik nati dye boleh tlg hantarkan….aku harap2 keje ni ok la.dpat menampung khidupan aku kat sini.insyallah..amin~~ok la aku p dulu ea..buat hal sendiri la..nak buat macamna..huhuhu..jumpa lagi nanti.bye2..
assalammualaikumL

Yang Benar,
Gadis Bosan..
Siti Asma Yusof

Thursday, April 5, 2012

Nothing to say...

assalammualaikum dan selamat pagi..rasa nya dah lama aku xupdate aku nye blog ni kan.dah bersawang2 dah rasanya aku tgk.maaf kepada2 korg yang menjadi peminat setia aku yang terus menyokong karier penulisan aku yg xseberapa ni ea..(perasan macam ada peminat kan..hattuuuiihhh..hik3)..soaku teruskan mukadimah nye ea.. Hari ini dah hari ke-4 aku melaksanakan tugas aku sebagai seorang pelajar praktikal.Kat mana aku praktikal??
Mesti korg tertanya2 kan.walaupun kenyataan nye korg xpenah tanya aku tetap gak nak bagitaw yang aku praktikal dekat Malaysia Airport Technologies Sdn Bhd..amacamcam gah kan bunyi nye kan.bukan nak bongkak apatah lagi mahu membangga diri tetapi hanya sekadar berkongsi cerita...hihihi...sepanjang aku kat sini bersama2 rakan seperjuangan yang lain.alhamdulillah ok lagi la..kami semuanya 6org..kami telah di pecahkan kepada 2kumpulan..dimana 2 org dan 4 org akan diasingkan dan diletakkan di tempat yang berasingan.
Sadis kan bunyi dye...kesian kat kami.kami akan dipisahkan..huhu..tapi xpelah...xdew la kami ni asyik pergi kemana2 6org kan..bak kata aku kepada diorg macam la la...korg taw ar la la tu apa?(la la singkatan kepada bangla)...hihihi..yela bangla kalau jln kan beramai2...hihi..lucu plak bila teringat..hihihi..
Next topic mengenai --->>> Baucer Buku 1 Malaysia...alhamdulillah ADTEC Melaka terpilih jugak dapat baucer tu...huhu...apa yang aku beli???hihi..rahsia!!!lalalalala...hurmm..ok la wei...aku rasa sampai sini je kowt aku share gan korg..aku ada keje lain..almaklum lah bz sikit...bz la sgt kan..ok la korg..
lub u guys giler2..
kk..
kjaga diri baik2..
assalammualaikum~~

This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)