home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Sunday, March 27, 2011

penungguan sahabatku

assalammualaikum..
disaat ini aku berada d cc..
hurm..cc kat mana?kat guaq chempedak.
dan kenapa aku pegi begitu jauh nyew cc??
macam la kat yan xdew dh kan cc..huh.
suka atiey aku l0rh nak g kat mana uh..hihi.
xah seb0n0rny0 aku nak g umah syila@kobis ni kat pokok tai..
tengah tunggu ketibaan sahabatku 2owg g iaitu nazura gan aisyah..
begitu lambat nya lah ketibaan mereka ini...
hurmm..
ingat pekena laksa 1pinggan sempat la diorg nak smpai.
tapi batang hidung xnampak g ni..nak kena ni..
hihi..
s0,aku ambil la kesempatan ini utk beron9 kejap kn...
dh la kt luaq tu pns giler kowt..
dh la pakai baju merah giler ni..
huh...
opss lupak lak nk gtaw sbb pa aku nk p umah kobis kan?
sbb aku nk p ni sbb kawan aku yg sowg tu nak bertunang dh,...huhu...
yeahh..aku lak bila la plak kan..
kekasih hati p0wn xmemandang g ni..
xpe lah aku f0cus kat study dlu la kan..
kalau ada j0d0h xkemana kan..
insyallah..
ok bha..
aku caw dulu ea..
xtaw nak b0rak pew dah..ahaks..
ok..adi0s..
assalammualaikum,,,

Saturday, March 26, 2011

DI SAAT AKU KEHILANGAN MU (T.T)

assalammualaikum..
semalam adalah satu ujian bagi aku yakni 25/3/2011  7.00am..
ujian pada mula nya membuat aku tidak dapat menerima kenyataan ini.
berbekal kan airmata,aku menangis.. (T.T)
aku memecut laju m0t0r Kriss milik ayah aku..
ntah bape kelajuan aku p0wn xtaw..
tapi masa itu aku memang xpeduli slagi seandainya aku akan mati aku xkisah.
semuanya aku berserah sahaja..
arrgghhh...(betapa aku kecewa nyew saat itu..)
Minit selepas itu,aku tersedar..
aku tersedar dari kemarahan aku yang memuncak itu tadi..
betapa aku alpa dan lupa apa yg sebenarnya terjadi..
aku LUPA yg ALLAH SWT sedang menguji aku sebagai hamba Nya..
aku LUPA yg ALLAH SWT sedang memberi ujian terhadap aku sebagai hamba-Nya..
kenapa aku mudah LUPA mengenai hal ini..
ALHAMDULILLAH aku sudah mulai tenang..
aku bersyukur pada-Mu ya ALLAH kerana menyedarkan ku dgn segera apa yang terjadi ini..
Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini..
Dan aku pegang akan kata2 ini :

Untuk semua ini yakinlah lah kita bahwa cobaan ,ujian ataupun musibah yang di berikan kepada kita sebagai umat hanyalah sedikit untuk menguji kita akan keikhlasan kita dalam menghadapi hidup ini sebab dalam ayat quran di sebutkan :

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.(al baqarah 214)

Aku p0wn dah memaafkan orang tersebut..
Aku ucapkan terima kasih kepada insan yang telah mengambil hp aku..
Dan aku p0wn telah memaafkan insan tu dengan sepenuh hati..
Dan aku didalam proses melupakan hp aku tu dgn perlahan2..
Bukan apa,aku syg hp tuh..
SBB hp tu aku beli pakai duit aku sendiri..
Duit titik peluh aku time keje dulu..
Dan duit 1st gaji..
Tapi aku redha semua itu kalau itu sudah takdir dari Nya..
aku xkan mudah melatah Insyallah..
Aku yakin dan Pasti mungkin ALLAH mahu bagi aku yang baik dari ini..
Setiap kali aku solat,aku sentiasa berdoa supaya d beri aku kekuatan untuk aku menghadapi cubaan dan ujian dari Nya..
Alhamdulillah airmata kini sudah kering d pipi ku
DAN
Senyuman sentiasa lebar d mulutku..
Aku berharap aku sentiasa begini..
Begini dan sentiasa begini..
AMIN~ ~ ~
thanx buat sahabat yang sudi membaca luahan hati aku ni..
sem0ga k0rang menjadi kuat dan tabah seperti aku orait..
jangan terlalu emosi dan sedih bila korang dapat musibah ok..
korang tangani lah ia dengan fikiran yang terbuka..
INSYALLAH allah swt akan bersama2 dengan orang yang beriman..
aku sudai aku nyew p0st ni dengan serangkap pantun ea

budak2 bermain hujan,
bermain hujan dengan mat jan,
jangan lah emosi ketika dilanda ujian,
kerana allah swt hanya ingin menguji iman.

assalammualaikum~ ~
adios \\\

Thursday, March 24, 2011

Kenangan Valentine Seorang Mujahidah


Aku lontarkan pandangan pada buih-buih putih. Buih demi buih. Ku alih pula pada ombak yang beralun, menghempas pantai. Setia, ombak dan pantai, bagai janji yang dipateri. Setiap masa ombak merindui pantai yang setia menanti.

Aku larikan pula bebola mataku pada camar yang berterbangan, sekali-sekala menyambar ikan-ikan kecil di laut, kemudian terbang bebas di angkasa. Ku usir pasir di kaki dengan hujung kasut, halus bersinar bila disinari matahari. Bebola yang bersinar lembut di ufuk timur menyenangkan. Ku berterima kasih pada redup pohon rhu yang menaungiku.

Kadang-kadang daun-daun kering berguguran menimpaku. Disapa pula bayu laut yang lembut, menenangkan. Sungguh, alam ciptaan Allah yang amat indah. Saling melengkapi. Pantai ini tidak pernah berubah, masih tetap cantik. Tidak teracun dengan pembangunan yang menggila, tetap setia menerima pengunjung.

5 tahun lalu, pantai ini sama seperti ini, yang bezanya peristiwa. Bezanya sejarah yang tak dapat diubah. Pantai ini pantai yang bernastolgia. Pantai ini berserakan dengan memori yang tak pernah aku cuba cantum. Biarlah ia begitu. Biarlah aku menikmati, mengutip memori demi memori, kemudian aku ketawa dan menangis. Pantai ini pantai yang bermakna. Pantai inilah yang merubah detik-detik sejarah hidupku. Memori yang tak akan ku padam sampai bila-bila. Biarlah ia sentiasa segar, sentiasa mekar. Sama seperti hari ini, di atas bongkah batu besar di bawah pohon rhu yang teduh, 5 tahun lalu, aku duduk di sini.

Sejak pagi lagi aku sudah berada di sini. Aku tunggang VR 125 sebelum menjamah sarapan pagi, membuatkan dahi mamaku berkerut. Pertanyaan mama ku biarkan tanpa jawapan. Hatiku pecah berderai, bagai kaca dihempas ke batu. Aku dapat rasakan hatiku bagai disiat-siat. Pedih. Sungguh pedih kekecewaan ini. Aku kemudiannya mengheret kakiku tanpa arah tujuan. Menyusuri pantai yang panjang. Aku cuba lontarkan kekecewaan ini ke tepi laut untuk melepaskannya, tapi aku tak mampu.

Masakan kasih yang dibina kukuh sebelum ini boleh ku lupakan begitu sahaja. Bolehkah janji sebelum ini dilupakan begitu sahaja??

Letih mengheret kaki menyusuri pantai, akhirnya aku memilih untuk duduk di atas sebongkah batu besar yang teduh diredupi sepohon rhu tua. Aku masih tidak dapat menerima apa yang sudah berlaku. Aku teresak-esak di atas bongkah batu bagaikan seorang kanak-kanak. Aku tenggelam dengan esakanku. Ajaibnya air mataku bagai tidak kering-kering mengalir membasahi pipiku yang sudah lencun. Aku teresak dan terus teresak sambil kutekupkan kedua tanganku di muka. Aku bagaikan berada di awang-awangan, dalam duniaku yang tersendiri. Aku terus hanyut. Hanyut dalam tangisanku.

“Assalamualaikum” Satu suara lembut memberi salam kedengaran dari sebelah kananku. Aku angkat mukaku. Kelihatan seorang gadis tersenyum memandangku. Aku kira dia tua sedikit daripadaku melihatkan wajahnya yang kelihatan matang. “Waalaikumussalam” Jawabku acuh tak acuh. “Boleh saya duduk?” Gadis itu memohon kebenaran untuk duduk di sebelahku. “Duduklah, lagipun bukan saya punya”. Aku masih acuh tak acuh. Lantas gadis itu duduk di sebelahku. Kemudian dia senyap, pandangannya di lontar jauh ke tengah laut.

Kemudian bibirnya seolah-olah menguntum senyum. Dia seolah-olah menikmati keindahan alam yang indah ini. “Cantikkan?” Gadis itu tiba-tiba bersuara setelah beberapa ketika mendiamkan diri. “Hmm?” Aku kurang jelas dengan soalannya. “Cantikkan alam ini? Ombak itu..” tunjuknya pada ombak yang beralun.
“Alunan ombak seolah-olah menggambarkan hidup manusia, ada ketika gembira, ada ketikanya juga akan berduka. Ia sama, kerana keduanya akan terpampan pada pantai yang setia. Begitu juga manusia, duka itu akan ada akhirnya jua”. Aku tersentap. Gadis itu seolah-olah dapat membaca pemikiranku.

“Siapa awak ni?” Aku sangsi dengan kewujudan gadis ini. “Maafkan saya kerana terlupa memperkenalkan diri. Saya Izzah”. Dia tersenyum ikhlas sambil menghulurkan tangan. “Rieyn, Adrina” Tangannya ku sambut ragu-ragu. “Boleh kita sama-sama lalui ujian ini?” Dia tersenyum memandangku menyerlahkan keikhlasannya. Aku merenungnya tanpa kata. Aku tarik panjang nafasku kemudian ku lepas beransur-ansur.

Gadis ini bagaikan mengetahui apa yang bergolak di hatiku. “Luka di hati ini tak sama dengan luka fizikal. Luka fizikal dapat dirawat, tapi luka di hati ini terus begitu”. Ujarku lemah sambil menggigit bibir. Entah bagaimana aku mempercayai Izzah. Naluriku mengatakan dia gadis yang punyai prinsip.
“Ujian bukannya untuk kita larikan diri, tetapi ujian adalah tarbiyah dari Allah, untuk kita lalui, kerana di sebalik ujian itu tersimpan sejuta hikmahnya”. Tenang Izzah menuturkan kata.

“Tapi hati ini terlalu kecewa. Hati ini bagai dirobek belati”. Aku menggagahkan diri untuk bersuara. Rasanya terlalu pedih untuk aku luahkan. Air mata kurasakan kembali bergenang. Perasaanku kembali bergelora bagaikan ombak di lautan. “Sebenarnya dah lama Izzah perhatikan Rieyn. Sejak Rieyn datang ke sini lagi. Izzah perhatikan Rieyn berjalan-jalan seorang diri di tepi pantai. Bila puas, Rieyn duduk kat batu ni kan?”. Izzah terangkan dengan jelas. Dan aku mula bercerita kepada Izzah.

Saya kenal Zamri setahun lalu. Dia boleh dikategorikan sebagai lelaki pilihan perempuan. Tinggi dan berwajah tampan. Orangnya juga bijak dalam pelajaran. Saya antara ramai wanita yang cuba mendampingi Zamri. Entah macam mana Zamri memilih saya sebagai temannya. Perhubungan saya dan Zamri mula intim dari hari ke hari. Tidak sah satu hari tanpa ber ‘sms’ dan telefon. Zamri seorang yang pandai mengambil hati. Dia selalu membeli hadiah untuk saya. Dia juga berjanji untuk menjaga saya sebaik mungkin. Kami digelar pasangan paling ideal di sekolah. Paling penting kami saling menyayangi. Pantai ini selalu menjadi saksi janji kami.

Saban minggu pantai ini menyambut kedatangan kami. Bersama kami melihat alunan ombak menghempas pantai lalu menghasilkan buih-buih putih. Juga kami berkejaran riang di gigi air mengutip kulit-kulit siput. Saya merasakan bahagia menyelubungi kami. Kami saling berjanji untuk sehidup semati. “Dalam usia semuda ini?” Izzah menyampuk ceritaku. “Ya, kami saling berjanji sehidup semati. Usia bukanlah penghalang kami. Kami mahu berjanji setia pada hari kekasih. Hari yang semua pasangan kekasih menyambutnya”. Sambungku. “14 Februari? Bukankah hari ini?” Izzah bagaikan tidak sabar. Tapi aku meneruskan ceritaku tanpa mempedulikan soalan Izzah.

14 Februari. Hari Valentine. Kami sudah berjanji untuk menyambutnya di sini. Di pantai yang indah ini. Tapi rupanya betullah kata orang-orang tua, kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Zamri gagal saya hubungi sejak minggu lepas. Telefon bimbitnya dimatikan. Saya tiada nombor telefon rumahnya. "Biar saya yang telefon awak." Dia selalu berkata begitu apabila saya meminta nombor telefon rumahnya. Dia telefon saya menggunakan telefon bimbitnya. Rumahnya juga tidak diberitahu kepada saya. Nanti tiba masanya saya akan tunjukkan. Dia menuturkan begitu apabila bertanyakan rumahnya. Tapi saya positif, mungkin dia tidak mahu diganggu.

Hingga ke hari inilah dia tidak dapat dihubungi. Dan kerana itulah saya di sini. Aku menamatkan ceritaku pada Izzah. “Saya mengerti perasaan awak. Setiap insan mempunyai fitrah untuk menyayangi dan disayangi”. Izzah berespon segera. “Tapi saya rasakan saya ditipu. Perasaan saya dipermain-mainkan”. Aku meluahkan perasaan yang bersarang di lubuk hati.
“Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”. Izzah pula bercerita.

“Betulkah begitu?” Aku menyoal kehairanan. Tidak pernah cerita ini diperdengarkan kepadaku. “Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”. Luncur Izzah menuturkan bicara.

“Islamlah cara hidup yang memenuhi fitrah manusia. Semua kehendak manusia dapat dipenuhi oleh Islam”. Izzah tersenyum memandangku. Hatiku terkesan dengan kata-kata Izzah tadi. Selama ini tiada orang yang berbicara topik ini denganku. Baba dan mama? Baba sibuk dengan politiknya. Lobi sana, lobi sini. Tabur duit sana, tabur duit sini. Wakil rakyat penggal depan sasarannya. Mama pula sibuk dengan persatuan wanitanya. Lawatan sana sini. Setiap hujung minggu ada aktiviti. Tinggallah aku keseorangan di rumah dengan Mak Cik Kiah, pembantu rumahku. Abangku di IPT. Adikku di sekolah berasrama penuh.

“Mahukah Rieyn bersama kami?” Izzah bersuara setelah melihat aku diam sejenak. “Awak buat apa kat sini sebenarnya? Awak datang dengan siapa lagi?” Aku inginkan kepastian. “Saya datang bersama kawan-kawan. Sebenarnya kami ada perkelahan. Kalau Rieyn nak sertai kami bolehlah. Kat hujung sana tu..” ujar Izzah sambil menunjukkan tapak perkhemahannya. “Boleh juga” Cepat aku menyatakan persetujuan. Aku sebenarnya ingin mengenali Izzah dengan lebih rapat. Gadis ini nampaknya punyai banyak keistimewaan.

Lantas aku telefon mama. Maklumkan aku tidak balik rumah malam ini. Mama diam tanpa kata. Bukan kali pertama aku tidur di luar. Lantas aku mengatur langkah-langkah mengikuti Izzah ke perkhemahannya. Alangkah terkejutnya aku, kesemua mereka bertudung labuh. Aku ingatkan Izzah seorang sahaja yang bertudung labuh dan berjubah. Satu fenomena baru bagiku. Sekumpulan gadis berjubah dan bertudung labuh berkelah! Setahu aku golongan seperti ini amat terbatas pergerakan. Jubah dan tudung labuh itu bagai memenjara fizikal dan mental. Namun hari ini anggapanku sebelum ini silap. Tudung labuh bukanlah membataskan aktiviti seharian. Bahkan mereka sangat peramah dan berlemah lembut.

Musyrifah, Husna dan ramai lagi menghulurkan salam ukhwah kepadaku. Aku jadi malu. Aku tidak bertudung! Aku pakai t-shirt! Aku berseluar jeans! Gaya ranggi wanita moden! Namun mereka tidak memandang aku lain dari mereka. Aku dilayan bagaikan seorang puteri. Ombak berderu menghempas pantai mematikan kenanganku.

Itu cerita 5 tahun lalu. Detik-detik yang merubah perjalanan hidupku. Tarikh yang ku ingati bukan kerana Valentine, yang kemudiannya baru aku dapat tahu umat Islam tidak menyambutnya kerana ia merupakan perayaan penganut Kristian untuk mengingati seorang paderi yang giat menyebarkan agama Kristian hingga ke akhir hayat.

Izzah tidak pernah mengerti erti putus putus asa dalam membimbingku ke jalan yang benar. Izzahlah yang mengajarku berjemaah. Mengajarku erti tadhiyyah dalam berjuang. Izzahlah yang mengajarku erti perjuangan. Izzahlah yang mencelikkan mataku terhadap penderitaan umat Islam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Kaashmir. Juga di sini.

Aku melalui ujian yang mencabar tetapi inilah ganjaran untuk mereka yang memilih jalan ini. Aku dapat rasakan usiaku sepanjang perjuangan. Aku teringat kata-kata Syed Qutb, pejuang yang syahid di tali gantung. Katanya
“orang yang hidup untuk perjuangan tidak akan merasa pendek dengan umurnya, kerana umurnya sepanjang perjuangan yang akan berterusan”.

Hari ini, di pantai ini aku memakai tudung hijau sutera Turki bercorak fauna berserta jubah juga berwarna hijau. Warna kesukaan Rasulullah. Tudung dan jubah ini sebenarnya hadiah dari Izzah sempena persahabatan kami pada saat pertama kali kami bertemu 5 tahun yang lalu. Lambang perjuangan katanya.

Buat Izzah, aku nukilkan kembali seuntai kata yang aku temui semasa menatap sebuah majalah. Mungkin penulisnya mendedikasikan buat kekasihnya, tapi tidak mengapa rasanya aku menukilkan buat sahabat seperjuangan.

 
Hari ini sekali lagi aku menitiskan air mata di pantai yang indah ini. Air mata kali ini bukanlah air mata yang sia-sia. Air mata buat sahabat seperjuangan yang pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Izzah pergi menemui Pencipta. Saban tahun aku pasti ke sini. Mengutip memori yang berserakan. Memori yang akan ku pastikan terus segar di hatiku. Izzah, pengorbananmu semulia namamu. Tinggallah aku meneruskan perjuangan…

Tuesday, March 22, 2011

'contest~ Dia Beri, Aku Terima'.

assalammualaikum dan selamat petang semua!!
s0 apew citer aku tetibew jew nak j0in this c0ntest cam gini??
hihihi..
semesti nyew bha hadiah nyew yg bagi akus agak lumayan jugak la kan..(di situasi skunk yg p0ket kering kan..ahaks)
hadiah2 nyer berupa :
    • pertama ~ topup RM20
    • kedua ~ topup RM10
bagi sesape bebudak bl0gerz yg terasa nak rasa t0pup free aku sy0r kan lah pada k0rang2 di
luaq sana pakat2 ramai2 j0in la this c0ntest ea...cara nyer mudah jew..k0rang klik di alamat di bawah ini yer:



s0,pandai2 la k0rg baca kan apa yg dye tulis dan apa yg nak k0rg lakukan kan3..hurm..
s0 aku nak mula kan cerita aku dh niey..


ha.....amacam t0mey x BINTANG HATIKU ini???ha...ini lah hadiah yang aku paling sayangi tuh..
walaupun aku taw benda ni senang didapati..dan aku rasa harga dye xlah semahal emas permata..
tapi klu k0rg dpat benda dari ss0rg yg k0rg sayang kan mesti k0rg akan hargai benda tuh walaupun harga dye xsemahal mana..
setuju x sama aku??huh
benda ni aku dapat dari sesorg yg aku anggap lebih dari seorg sahabat..
yeah...mungkin cerita ni aku simpan lama dah..
dan mungkin dye p0wn dah lupakan diri aku niey..
tapi aku sentiasa ingat dye l0rh.
huh..(hurmm...tetibe lak aku jiwang ni..xpe2...in my mind.....hadiah...hadiah....)
s0,teruskan lagi citer..
cer citer cer citer..(petikan dari m0vie hantu kak limah balik umah..huhu)
(p/s : sesape jgn terk0j0t auw..mak limah kita niey nak tumpang lalu jap..shhhh..)

s0,sbb tu lah aku rasa benda ni berharga sangat2..
sbb aku xmau hilang kenangan aku bersama dgn seorg sahabat yg aku sayangi tuh..
aku sentiasa berharap suatu hari nanti aku akan d pertemukan dgn diri si dia semula..dan waktu itu
aku akan tunjukkan pada dia BINTANG HATI ini senantiasa berada dgn akus..
walau selama mana pun..
insyallah...
thats my st0ry ttg BINTANG HATI pemberian sahabat istimewa akus iniey..
h0pe citer aku ni dpt d k0ngsi dgn bl0gerrz yg laen la ea..
supaya menaek kan semngat diowg "menanti itu suatu yg menarik"..
ok lah...aku waser aku dh cuk0p berdebat l0rh..aku mintak diri dlu yer...
pe2 p0wn k0rang bl0gerz sem0 f0ll0w l0rh aku nyer bl0g...
ok..
aku sudahi aku nyew citer ni gan 
ASSALAMMUALAIKUM
~ ~ adios ~ ~
(",)

p/s : s0 akus tag kengkawan aku yg xseberapa nak ada ni la ea  

Monday, March 21, 2011

caciorg!!

assalammualaikum dan selamat petang ours bl0ggerz..
situasi skunk berada di bilik my frenz selia tengku..
bawu sudah lelepak di dewan makan bersama dgn mizz nazura..
bersantap kan kueh kasui ngan d0nat..perrgghh..nyam3..
(padahal xkenyang p0wn..ahaks..)
s0,dlm tgh2 bersantap tuh xsah jika kita tidak menyelitkan g0sip2 panas yg melanda diri ku sejak 2 3 hari ni kan..
sampai terbawa2 la aku dlm mimpi..huh..
xguna nyew kan..
sbb masalah tuh aku xlena tid0w kuh..hurmm..
bnyak gak aku berb0rak2 gan member aku yg s0wg ni yakni mizz zura..
tq zura c0z be my pendgr yg setia...
s0,apa yg aku bincangkan gan my friend niey adalah masalah dunia!
yupz..masalah dunia yg teramat lah menyeksakan rakyat2 semut sekalian..
ntah la...
yg aku nak petik dari petikan mizz zura adalah:
"jangan lihat org baek tuh baik...dan jgn ingat owg jahat tuh jahat..
sbb xsemesti nyew apa yg kata lihat tu baek dari segi luaran jew.."
okeyh..
itu yang aku pelajari tadi..
semakin kita banyak kenal org,
semakin banyak kita kenal perangai owg tuh..
yupz..aku adalah aku..
aku boleh hidup tanpa org sebegini..
insyallah..aku sentiasa berdoa supaya aku mendapatkan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini dengan tabah..AMIN~~~
ok lah aku rasa agak kepanjangan kelebaran ketopikan keininan kan..
aku sudahi post aku ni dgn salam,
ASSALAMMUALAIKUM..
adios~~~
(",)

Sunday, March 20, 2011

LUAHAN HATI..(",)

assalammualaikum...(awal s0km0 aku d pagi hari ini meng update ini bl0g yew..)
amacam sihat x??
hurmmm..aku alhamdulillah sihat..macam biasa saja..
bkn ape...saja nak mluahkan rasa tidak ke tidakpuashatian pada sesetengah pihak yg aku rasa teramat lah geram nyew..huh..
bukan apew kan org kata xbaek kita pendam2 kan perasaan ni kan..
kalau luahkan bawu la eden ras0 tenang sikit jiwa ni..
tapi ini bukan bermakn0 aku xreti nak face to face dgn pihak tersebut dan dlm erti kata lain aku seowg yg pngecut..
n0 n0..
thats n0t me okeyh..aku bkan apew..aku klu bleh xnak la begad0h kan..
slagi perkara ini xsmpai ke peringkat serius lagi kan..
okeyh aku akan senyap jew..dan amaran kepada pihak d sna harap2 jgn lah bagi aku bersuara okeyh..
i like a hulk when im angry!huh..
aku rasa xpyh lah ea aku citer pasaipa aku rasa ketidakpuashatian pada pihak lawan kan..
rasa nyew xel0k plak kan...(tgk aku ada gak piki0r pasal perasaan owg lain kan....)tapi di0rg aku ras0 xdew rasa nyew..hurmmm...lant0k k0rg l0rh..masing2 dh besar..dan aku yakin 100% bley piki0r dgn matang kan?
dan jgn la jadi cam bebudak yg berhingus okeyh..
salam 1 malaysia dari akus!
yang benar,
owner P.P.A..(",)

Thursday, March 17, 2011

AYAT MOTIVASI (",)



Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi “Kebenaran Sebuah Kegagalan” oleh Robert Schuller.

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi.
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain.
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik.
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru.
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi.
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar.
amacam -- > tomey x baby ni...klu baby adew semangat kenapa x kita sebagai se0rg yg dewasa kan..xgitu??
hidup mesti d teruskan..jgn putus asa...huh(",)

akUs d Pr0gram anAk angkat d Kg Berisu,Melakew

tersangat la excited akus d waktu itu utk j0in the pr0gram..
ahaks!
dan sebl0m tuh aku must say s0rry la kan c0z aku lambat upl0ad this citer or mungkin citer ni dh agak basi k0wt..
tapi aku rasa bawu g citer ni c0z tarikh aku g ni 11/3/2011-13/3/2011..
xlama jugak kan jarak nyew gan tarikh aku update citew ni kan3...(tunduk gak tanda stuju...yupzzz)
hurrmmm...
malam sbl0m nak p ni agak la sgt tak0wt nyew..kan apew takut akan berpasangan dgn sape d umah tu nati..
c0z dgr citer akan d pasangkan dgn 2owg laki gan 2 owg pmpn..
fuuuhhh...giler k0,tergugat keimanan ku tinggal satu umah dgn org yg aku xkenal...
hahaha...
tapi alhamdulillah lah s0ma nyer bejalan dgn lanc0r nyew kan3...
dan banyak gak la aku blaj0 d sana..
termas0k lah masakan owg n0g0ri9(tempat aku g ni sempadan gan melaka..s0 jgn k0rg heran la ea...)
s0,agak terlalu awai la aku kena bangun kan..(padahal cuti hjung mnggu pkl 11pgi bawu bngun..hurrmmm..)
kena kemas2.....basuh pnggan...macam2 g ar..mcm keje aku sllu wat kat umah ar....
s0 aku rasa agak kebiasaan jugak la utk aku mmbuat krja umah..
hahahaha..
to my along : ang mesti d0k umah mak angkat xreti bbt keje kan..itu semesti nyer..hahahaha
s0 aku amik kesempatan ni nak upl0ad la serba sedikit pic yg ada ea...
nak citer aku p0wn rasa sampai es0k xhabis kan3...
jap ea aku nak upl0ad...
 ini adalah f0t0 kenangan aku bersama dengan mak angkat ku yg bernama mariah..(mesti k0rang heran kan mana perginyer bapak angkat aku..aku p0wn xtaw...xmau la tanye....satg ada kisah apa2 ke...mak angkt aku sedih lak:-(
 ini adalah lah pnyelamatku..ina tq...naseb baek aku seumah gan ang..mmuuaaxx...(buat pngthuan k0rg dye sekelas gan aku...ahaks)
 dari kiri gambar : lieeya,akus,ecah,azma
time ni kitaorg tgh g0t0ng r0y0ng l0rh..best g0t0ng r0y0ng d kebun getah...dan impian ku tercapai jalan2 kat kebun getah..i like!!
 sebagai bukti aku take the pic ni auw..igat saja2 ea..huh..rajin ar??
 pic ni...hurrmm..bila k0rg penat mesti k0rg lapaq kan??hurrmm..begitu jugak aku..kenyang la jugak walaupun bihun k0s0ng dan keras sja...alhamdulillah(",)
 hahaha...eh3..akus ker tuh..hurrmmm...mungkin gambar ni penchyaan dye kureng ni...xpe2..nati kita tngkatkan pnchyaan dlm pngambilan f0t0 aku k!
 peace!!!ni sahabatku dari sabah..nama dyes yuyu!!(nice sh0es yuyu)
 bef0re actvties senam aer0bik like p0c02..(",)
 0urs mem0ry...syg k0rg..mmuuaaxxx(",)
 ni sahabat baru aku...nama dye fathin...sebl0m ni igat dye dak s0b0ng..tapi ok...ok sgt2..nice t0 meet u..
 gotcha!
 j0m g0t0ng-r0y0ng!!!!

 me and ecah!!!
 my umate mekna & ecah!!
 c0mey kan pic niey..(jelus la tuh pic k0rg xdew cmni kan..hahaha)
berbagai2 pic aku cmpurkan...pandai2 la k0rg tgk n0h..

so,amacam dh tgk kan gan jelas situasi aku time tu kan..amat lah ser0n0k...
mesti k0rang terasa nak pergi kan..
ape2 p0wn thax buat hampa s0ma n0h sebb sudi baca aku nyew p0st ni sampai habis..
aku sudahi p0st aku ni dgn :
"assalammualaikum"
adios~ ~ ~ ~ ~
(",)
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)