home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Sunday, August 18, 2013

Bila Raya Menjelma 2013

18 Ogos 2013; 9:31pm

Assalammualaikum wbt. Hai korang. Apa khabar semua?? Sedar xsedar dah masuk hari ke 11 kita menyambut raya kan. Semua orang dah masing2 nak masuk kerja dah kan. Bagi yang dah nak berkerja kaka ma ucapkan selamat bekerja la ea. Apa2 pun kaka ma tahu mood raya masih ada lagi kan. Sama la macam kaka ma kat sini masih lagi kedengaran lagu raya disini. Tapi nak buat camner tugas harus lah dilaksanakan. Eya dak?

So, banyak ke duit raya korang dapat?haha. Bagi sapa yang besar panjang tu henti2 kan lah angan2 tu untuk mendapatkan duit raya k. Like me, orang kalau nk kasi duit raya mesti tanya dah keje ke belajar? So as a seorang yang jujur orangnya kan, i says “Yup, dah keje” . So, as a sepantas kilat kan dye xjadi kasi kat aku. Hampehhhh.. haha. I know that will happen, so nak xnak i kena la terima kan. Haha. So tahun ni rasa macam best pon ada, xbest pown ada. Jadi mana satu yang korang nak tahu, BAD NEWS or GOOD NEWS...lalalala

................................

We go to bad news dulu la ea, jadi apakah yang bad news nya ea?yela tahun ni aku xdapat nak kasi duit raya to all my family. Semuanya gara2 i tertinggal duit bawah seat motor. TEEEETTTTTTTT.. i know alasan tu nampak macam bodoh kan. I accept if korang nk kata aku bodoh. Sebab aku sendiri pon rasa macam diri aku ni bodoh giler kot. Dalam banyak2 tempat, apasal kau letak bawak seat motor? Ok aku gtaw sebab dye. Sebab aku nak kualiti duit tu dalam keadaan elok dan smooth.hahaha. Dan pasaipa aku xletak je dlm dompet? Yeahh..good question dear...hurmm...sebab nya adalah aku tertinggal wallet aku. Ok! Puas hati!!hahaha







Ok next about good news à bagi aku good la..bagi korang aku xtahu la kan. Haha. Dah ni citer pasal aku. So punya pasai aku la nak kasi ianya good news kan. Kih3. Jadi ia adalah berkenaan dengan raya la opcoz kan. So aku rasa sedikit gembira juga la, sebab aku dapat belikan mak abah aku sedikit hadiah yakni baju raya. And yang aku suka warna diorang sama. Pandai x aku pilih..jap ea aku upload picture my family. Tapi yang sadisnya tahun ni xde gambaq kami satu family. Sedih kan..hurm...xtahu la tahun depan dapat beraya sesama atau x.



Ok la kawan2 blogger sekalian alam..aku rasa setakat ni je kot aku update tentang raya aku ni kan. Nati aku update tentang SATE BOTA yang agak famous kat sini ea. C u later my dear. Xoxo.

Bye. Assalammualaikum.

Yang benar,
Gadis Raya,

Siti Asma Yusof.

Monday, August 5, 2013

Aidilfitri Buat 2013



5 Ogos 2013; 10:55am

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Wah..aku pasti korang semua mesti xcited kan untuk menyambut bulan yang mulia kan yakni Aidilfitri. Dan xterkecuali lah aku. Aku sememangnya agak xcited juga la kan.

Btw selalu kalau nak dekat raya ni sememangnya soalan akan diajukan mengenai baju raya dah beli ke? Tema apa tahun ni? Balik beraya di mana? Kuih raya dah buat? Duit raya dah sediakan?? Hahaha. Thats a little question yg selalu ditanyakan. Yer dak?

So, meh aku jawah satu persatu ea:

:: baju raya aku tema wana turqoise lembut
:: alhamdulillah tahun ni dpt belikan mak abah baju same with me but turqoise terang.
:: tahun ni beraya kat kedah
:: kuih raya maybe my dad dh order
:: sedih nak tukaq duit raya tadi kat bank dh habis
:: Esok aku balik kg.Tiket bas pagi

Amacam, hope persoalan dah terjawab la yer. Dan maybe kalau ada sebarang pertanyaan boleh rasanya komen diruang komen ler kan.

Lastly i really2 hope u guys enjoy ur raya. Apa2 pun selamat hari raya aku ucapkan kepada korang yang sudi singgah blog aku ni yer. Kalau singgah tu jangan lupa sapu2 la sikit sawang2 dekat sini yer. Tinggalkan jejak anda yer (bermaksud komen ler sikit..hihi) ..ok lah dear. C u later next entry.

Xoxo

Yang benar,
Gadis Beraya
Siti Asma Yusof.


Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan Ini

24Julai2013 ; 4:48pm
Assalamualaikum wbt semua..hope sihat hendaknya. Topik hari ni aku rasa aku nak buat entry pasai bulan puasa la kan.. sekarang ni kan kita berada di bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan kan. Masuk hari ni kalau xsilap aku dah 15 hari dah kita menjalani ibadah puasa kan. Macamana keadaan fizikal dan mental hampa semua noh?? Hope uols semua dapat menahan diri dari semua dugaan yer.. Puasa ni bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga uols taw x… tapi uols semua kena la suci kan hati uols jugak.. Baru lah hari2 yang berikutnya dapat uols lakukan dgn penuh rasa kesyukuran kan. Tetapi dalam kita asyik menjalani ibadah puasa ni kan uols,,ada juga lah sebilangan daripada saudara seagama kita telah melakukan sesuatu yang xpatut dilakukan. Baru2 ni sis ada menonton berita di Tv3 tw. Penjawat awam telah berjaya ditangkap oleh Majlis Agama Islam kerana kesalahan makan secara terbuka sewaktu di bulan ramadhan ni. Sis bukan nak bergosip atau sebagainya. Cuma sis nak kongsikan lah dgn uols. Sis rasa xsepatutnya mereka buat mcam tu. Walau apa pun alasannya.Masalahnya mereka yang ditahan tu semua nya orang2 yang bekerjaya. Xkan mereka xada perasaan bersalah atau berdosa ea? Hurm.. sis pun xtahu nak kata apa dah. Nak kata lebih2 pun takut kita plak yang berdosa kan. Apa yang boleh sis cakap kat sini, supaya kita semua berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu. Ingat lah kita berpuasa untuk sebulan sahaja. Dalam setahun tu, hanya sebulan ja kita berpuasa. Xkan lah sebulan pun kita xleh tahan kan.. Hope uols yang baca entry sis kali ni semuanya puasa penuh yer.. Jangan ponteng2 ea. Ingat.. jangan puasa dihadapan org je.. tapi dibelakang orang kita makan senyap2.. Dan ingatlah Allah SWT nampak setiap perlakuan hamba2Nya. Hope uols kuat semangat dan dapat tahan nafsu yer. Sis nak kongsikan sikit ni beberapa point mngenai puasa sis tahun ni ea :

:: puasa tahun ni, puasa sorg2.
:: kalau sahur sis liat sikit nak bangun.
:: kalau rajin masak, klu x beli kt bazaar je.
:: time posa sis balik keje awai..yihaa..
:: dapat jimat duit time posa.

Ok lah sis rasa setakat ni je kot sis nak kongsikan citer mengenai puasa sis tahun ni. Uols lak bagaimana kan? Harap2 berjalan dengan lancar lah yer. Oklah jaga diri baik2 semua. Ada masa sis update entry terbru yer. Bye2.assalammualaikum.




Wednesday, June 19, 2013

Pembersih atau Pengotor?

19 Jun 2013; 4:00pm

Assalamualaikum wbt uols. Diharapkan kawan2 semua sihat hendaknya disamping orang yang tersayang yer. Btw hari ni dah masuk bulan Jun kan. Bulan depan kita dah nak start menjalani ibadah puasa. Bagi wanita2 di seluruh dunia yang xganti g puasa moh ler ganti cepat. Masih ada masa lagi ni. Hoho.. so, selamat menjalani ibadah puasa yer..semoga semuanya berjalan dengan lancar.amin~

- Next topic –

Diam x diam dah masuk 5bulan aku keje kat sini kan as a clerk kat pusat komputer kan. Walau xsehebat mana kan, tapi aku selesa kerja kat sini. Tapi dihati kecil aku ni aku berharap sangat dapat rezeki yang lebih baik. Yeah xsalahkan kita mendoakan sesuatu yang lebih baik kan? Yeah hari ni macam biasa je, but i have incident yang seriously xdapat nak dilupakan.hohoho. Biasa lah adat melayan customer ni kan. Tapi kesabaran aku ada hadnya jugak kot. Omg..dah sah2 ko punya print banyak helai, aku cas lah lebih. Tu pun aku baik hati kurangkan sikit cas tu auw. Lagi banyak bunyi err~~ But time tu he was talking with dye punyer cikaro. Wahh bapak berlagak ko cakap speaking gan cikaro ko. Hape ko ingat eden ni xpaham ko? Perghh time tu gua punya kesopanan kesusilaan mmg dah hilang kot. Kesenyuman mmg xde dh la wei dimuka aku kot. Gila ko nak senyum. Im not hipocrit dear... aku kalau dah hilang mood memang susah sikit wei.hoho. bla bla bla bla... stop talking about that. Go to the next topic~~

Ok fine, topik yang seterusnya ni aku kena tarik nafas dalam2 ok.but plese lepas tarik nafas tu, jgn keluarkan sesuatu yg xsepatutnya ok (ko buat lawak ke apa ni??xlawak ok..hoho). suprise...suprise..suprise....yeah ayat tu je yang aku rasa menarik untuk aku gambarkan waktu tu okeyh..hohoho. just imagine wat, my sis buat suprise balik umah secara mengejutnya. Aku target dye balik ari jumaat ni. But tekaan aku meleset sama sekali kot..hoho. Yeahh bukan aku xhappy dye balik..im happy ‘gilerrrrr’ hahaha. Agak kejam kan aku letak bracet cam gitu..haha. Meh aku terangkan awat aku gabra bila dye balik secara mem ‘pig blind’ à membabi buta . Actually aku berkongsi bilik gan my sis auw. So baru2 ni aku baru je mengalami tahap kronik penyakit aku ni kan yakni SAKIT GIGIIIIIIIIIIIIII... yeahh aku adalah salah seorang pesakit tegar sakit gigi. Musim dye datang x menentu. Tapi kalau sekali datang dye akan melarat dalam seminggu lebih cam gitu lah. Omg.. kesengsaraan dye xpayah nak cakap la wei. Asal makan sikit gusi terus bengkak. Agak2 canner aku nak makan kan. Hoho. Nak xnak kena makan gak kot. Xmakan lapo..hoho. So, dgn situasi aku yg agak xsihat la tu kan, agak2 korang situasi bilik aku cmner? Of coz la tunggang langgang kot. Hahaha.. 4 uols information akak aku tu agak pembersih sikit. Pembersih la sangat kan..puihhh.. dan itu x bermakna adik dye ni pengotor kan... Cuma ikut time aku gak la kan time rajin aku tu nak mai kan..hihihi so bilik aku agak berkeadaan tsunami melanda jugak la kot wei.. so macam yang aku aspek comform aku akan kena maki hamun, jampi serapah semua. So terima je lah..memang salah aku pun kan. Untuk mengambil hatinya aku berjanji akan memasak kat dye malam ni resipi rahsia “mushroom soup”..hihi.. orang kata nak tambat hati org biaq dgn cara ikat perut dye...(eh2 betul ke ayat tu, ikat perut?amik tali rapia ikat perut..boleh tara tu?haha)..




ok lah wei, aku rasa setakat ni je kot aku story morry kat korg. Aku dh nak gerak balik dh ni. Rasa macam banyak membebel lak kat sini kan.hoho.. c u later my dear..

                                    “take care ur self and be ur self”

Bye2...assalammualaikum.



Yang benar,
Gadis Maybe Pembersih,
Siti Asma Yusof.

Saturday, June 1, 2013

Wedding My Friend + Kisah Pangkor Island Menarik Ke?

1 Jun 2013; 9:23pm

Assalamualaikum dan selamat malam to uols.. Hari ni semangat untuk mengupdate blog aku yang agak berhabuk ni datang secara tetiba je kan. So, topic menarik apa yang aku nak kongsikan ni. 1st aku nak share, bulan Mei adalah bulan bagi pasangan2 yang akan melangsungkan perkahwinan termasuklah my salah seorang sahabat yang aku sayangi ni kan. Serius aku sedih gak wei dia dah kawin.

Lepas ni mesti dah xleh lepak2 macam dulu. Aku mesti dh xleh lepak2 kat umah dia kat Manjung. Sebab sekarang ang dah ada tanggungjawab kepada suami ang tu wei. Please take care ur husband right now ok.

Aku as a friend seriously tumpang gembira for u dear. So, meh aku kongsikan serba sedikit gambar sewaktu wedding itu berlangsung ea. (Just berbekalkan hp je aku tangkap gambar ni ok. Tapi hasilnya amat memuaskan hatiku. Credit to Sony Ericsson X8..)



Gembira melihat mu gembira sahabatku.

Semoga kalian berbahagia...


My friends Iera

So after the wedding agak selesai la kan, aku pun mengundurkan la diriku ini kan. Buat hape lama2 umah org wei. Buat menyemak je kot. Memandangkan aku ni xdelah watak utama dalam acara ni kan, so secara perlahan2 aku undurkan diri la. Time to go back..hoho.

But sesuatu yang tidak dirancang telah terjadi. Tetibe aku plan nak g Pulau Pangkor. Perghhh just imagine what aku xbuat persedian langsung kot nak g situ. Dah la baju apa x bawak kan. So, pembaziran telah berlaku disitu. Aku telah membeli baju Tshirt Pangkor = RM12.00, Seluar panjang=RM10.00, Selipar=RM10.00, Tiket pergi balik P.Pangkor=RM10.00. Tapi apa yang aku dapat p sana??





Arghhhhh serius tertekan. Bayangkan la wei, aku nak mencabar diri aku ni kan kononya boleh la survive sorg2 kan. Tapi hampehhhhh. Aku gagal… Aku bayangkan, sampai2 je kat P.Pangkor tu boleh terus mandi ke apa kan. Tapi bayangkan sampai je kat jeti tu KOSONG..KOSONG…KOSONG…. xde sape pun mandi wei…yang ada hanya bot2 kecil yang terdampar dipersisiran pantai. Aku tension….

Aku xtaw aku nak p mana. Aku seperti seorang gadis yang keseorangan .Yang memerlukan perhatian orang ramai..hahaha..puihhhhh..lepas ni tobatttt aku xmau p dah wei.. Ini kali pertama dan mungkin kali terakhir kot aku datang sini…ok lah wei, maybe takat ni je kot aku berbicara. Aku dah xlarat nak taip dah ni. Ada apa2 citer manarik aku update g noh. Take care ur self and be ur self.k bye2..
Assalamualaikum.

Yang Benar,

Siti Asma Yusof.
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)