home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Tuesday, May 1, 2012

Sudah Cukup Sudah


1 May 2012 ; 5:45 am

Assalammualaikum dan selamat pagi aku ucapkan kepada sebuah coretan…
Permulaan hari bulan Mei adalah sebuah tarikh yang tidak dapat aku lupakan sampai bila2 dalam hidupku.Alhamdulillah akhirnya Allah bantu aku dalam memberikan petunjukNya.Terima kasih Ya Allah sebab bagi jawapan pada ku.Akhirnya aku boleh membuat keputusan sekarang sebelum terlambat kan.
Berteman kan aku pagi ini lagu “Sudah Cukup Sudah” nyanyian Kumpulan Nirwana Band. Aku rasa cukup lah sampai disini saja bak kata lirik lagu ni;

Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Daripada batin tersiksa,
Lebih baik ku pergi saja,
Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Daripada hati gelisah,
Cintaku kau balas dengan dusta………….

Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku tidak akan lagi bazirkan airmata aku ini demi sebuah cinta yang tidak pasti. Aku harus berani terima kenyataan  ini. Sebagaimana aku berani untuk terima dia dalam hidup aku. Sebegitu lah aku harus berani untuk lepas kan dia sebagaimana dia telah lepas kan aku semalam. Semalam sebelum kejadian ini berlaku. Kadang2 bila kita duduk sorang2 kita akan lebih fikir panjang. Kemudian aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej dekat dia melalui hp. Mesej nya berbunyi cam gini;

“Awak.. saya bukan nak jadi seorang yang cemburu xtentu pasal..tapi saya dan bagitaw kat awak kan. Awak pown dah cakap yg awak akan padam gambar2 tu bila awak on9. Tadi saya suruh awak padam, awak buat x tahu je kan. Saya rasa awk masih sayangkan dye. Maaf awak. Saya dh cuba untuk xfikir benda ni. Tapi sy dok sorg2 sy terpikir benda ni. Mcm yg sy ckp siang tadi. Biarlah masa menentukan segalanya….”

Send Message To : à>

Lepas aku send mesej terus aku off kan hp dan terus tidur. Biarlah aku tidur lena. Sebab aku tahu kalau aku tahu jawapan dari nya mesti aku xboleh tidur. Macam yang sekarang aku lakukan ini. Aku baru je bangun2 dan terus on hp dan ada mesej masuk.”Tut Tut Tut”,bunyi mesej kedengaran. Apa lagi terus aku membacanya dan terdapat kesedihan jua disitu. Tipu la kalau aku kata hati aku xsakit kan. Setelah cinta dan kasih sayang mula aku berikan kepada dia, kini dengan mudah 1 jawapan selesaikan semua ini dengan begitu sahaja. Seperti lirik lagu “Sudah Cukup Sudah”;

Ini kah caramu membalas cintaku,
Kau nodai cinta yang ku beri,
Inikah caramu membalas sayangku,
Kau lukai sayangku untukmu,
Teganya kau menari diatas tangisanku,
Kau permianankanku sesuka hatimu…


Tapi aku xsalahkan dia 100%. Aku anggap ini sebagai permainan hidup je. Adalakala dia pergi dan adakala dia datang. Dan semestinya korang ternanti2 apa  jawapan dia kasi kat aku kan. Jadi aku bacalah mesej tu yang berbunyi cm gini;

Sent:
1-May-2012
01:28:40am
“Mungkin betul kata awak.. Saya ja yang xboleh terima kenyataan yg saya masih sayangkan dia. Saya dah fikir panjang. Dan dah buat keputusan untuk kebaikan semua pihak. Kita berkawan ja k. “

Selepas aku membaca mesej tu aku terus off hp. Bukan nya xdpat terima kenyataan. Cuma aku perlukan masa untuk bersendirian. Aku cuba untuk x fikir benda ni. Tapi dengan kekuatan yang ada aku gagah kan jua jari jemari ini untuk taip kan sedikit coretan sebagai sebuah kenangan. Maaf kan saya awak. Mungkin lepas ni kita dah xmacam dulu lagi. Saya dah xboleh terima awak lagi. Saya xkan bukak kan lagi pintu hati saya untuk awak. Awak dah sia-siakan peluang yang ada. Dan maafkan saya, saya xdapat nak tunaikan permintaan awak tu. Iaitu teruskan hubungan kita sebagai seorang sahabat. Saya xcukup kuat untuk berhadapan dengan awak lagi. Biarlah saya membawa diri. Dan kini hidup ku kembali kosong. Kosong sebagaimana kehadiran nya sebelum ini. “Walaupun apa yang berlaku, walau ombak badai melanda, walau ombak rindu bertandang aku xakan mengalah..aku xkn tunjukkan yang aku lemah. Aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri aku”…Aku akhiri sebuah coretan aku dengan ucapan;

Assalammualaikum Rindu.

Yang Benar,
Gadis Ditinggalkan,
Siti Asma Yusof.
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)