home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Wednesday, August 29, 2012

Perhimpunan Merdeka 55 - Janji Ditepati


29 Ogos 2012 ; 4:19pm

Assalammualaikum wbt dan selamat petang uols…hope semua sihat hendaknya. Entah kenapa aku merasakan sejak2 akhir2 ni jari jemari aku rajin je mengupdate kan story morry kat laman sesawang aku yg agak bersawang ni kan… Ini membuktikan yang aku agak la xbz kan kat pejabat. Serius wei terlalu la bosan sampai xtahu nak buat apa kat pejabat. Almaklumlah student practical je kan. Apa2 pun bukan itu kisah nye aku mengupdate entry kali ni okeyh.. Tajuk entry kali ini adalah
‘PERHIMPUNAN MERDEKA KE-55 – JANJI DITEPATI’
Yess…that’s topics that I wan to talk2 wit u guys..Actually aku sebenarnya pown xlah terlalu excited sgt benda2 cam gini kan. But semangat kemerdekaan sentiasa ada di jiwa aku xkira la hari apa pown. Amacam semangat x??haha.. Untuk menunjukkan bukti kesemangatan aku ni kan aku telah snapkan picture aku yg agak ok la jugak kan…



Acaner??ok ke idak?hihi.. Bosan2 aku mula mengedit pic tu..tapi tetibe tgn ni rajin plak nak mengedit pic lagi mnggunakan Adobe Photoshop CS5.. Pic yg aku edit seterusnya ni sebenarnya aku nk letakkan kat cover kat mukabuku ku..hihi..gambaq dye seperti gmbr dibwh ni..


4 uols in4mation, sebenarnya aku dan member2 practical yang lain di suruh=dipaksa=rela?? pergi join this perhimpunan..4 wat??good question…now I tell u ar..sebab musabab kitaorg kena join coz setiap bahagian Malaysia Airports Berhad kena menghantar wakil2 mengikut kuantiti yang diminta. Is’t clear guys? Sila tunduk tanda faham okeyh. Jadi ramai staf2 yang cuba mengelakkan diri daripada terlibat dari program ini. Jadi yang kena tempias nya adalah budak practical.yuhuuuuu..suka nyer….hahaha.. apa2 pown aku xkisah pown la hal ni..it is a small matter. Bila lagi aku nak join program cam gini kan. Nanti dah balik my hometown xdpt nak rasa dah kan. So I take the action like experience to me.. lalalala.. serius aku ikhlas wei. Ermm..insyallah kalau xdew aral melintang kitaorg g Jumaat ni. Pengangkutan disediakan jam 4 petang di Masjid KLIA. Tapi xtaw g nak g gan sape. Sama ada kawan member aku ataupun transport diorang.. Fikir2 balik excited pown ada gak..mula la fikir nak pakai baju apa kan..tudung apa..kasut apa…
Hahaha..biasa la perempuan katakan..

Disini jugak aku ingin kasitaw sedikit info mengenai Tweet Merdeka. @TwtUpMerdeka #Merdeka55 @NajibRazak




Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?
Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?
Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM) 

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.

Harapan ikhlas aku semoga hari tersebut berjalan dengan lancar hendak nya.. insyallah~~amin~~ apa2 pown d harapkan info yang aku berikan ni dapat membantu serba sedikit anda semua dalam merencanakan perjalanan anda pada hari itu yer…wah gitu kan… aku rasa setakat ni je kowt aku membebel kan. Sekali lagi aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE-55… Harapan aku biarlah kita berlainan politik, tetapi biarlah pada hari itu kita bersama2 dibawah satu Negara yang sama iaitu Malaysia!!
Bye..
Assalammualaikum wbt.


Yang Benar,
Anak Malaysia,
Siti Asma Yusof
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)