home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Wednesday, August 15, 2012

Lirik lagu AdaMu - Najwa Latif


15 Ogos 2012 ; 3:59pm

Assalammualaikum wbt dan selamat petang aku ucapkan kepada kawan2 semua. Apa habaq smua?harap semua sihat la yer. Yela beberapa hari g nak raya kan. Kalau xsihat xbest la plak nak raya kan.. SO,nasihat aku buat kengkawan diluar sana jaga lah kesihatan anda sepanjang raya ni. Yela lepas raya nak kena masuk keje balik kan. Bagi yg tengah study tu plak nak kena masuk kelas balik kan. Apa2 pown aku berharap semua nya berjalan dengan lancar hari raya ni. Sebenarnya aku nak buat topic tentang aku kuaq gan member aku semalam. Tapi mungkin aku postpone untuk esok la ea. Rasa macam nak citer tentang raya.. hihi..Almaklum lah demam raya ni. Mana x nya dekat office aku ni dari pagi sampai la ke petang pasang lagu raya. Aku layan je..hihi. Tapi d waktu skunk ni aku dok tengah layan lagu nyanyian dari Najwa Latif yang bertajuk AdaMu. Sesapa nak download lagu tu sila klik di SINI !!..perghh promote lagu tu la plak tanpa aku sedari.huhu Tapi jujur aku katakan aku jatuh cinta dengan lagu ini.. Lagu ini membuat kan kita berfikir sejenak dengan nikmat yang telah diberikan olehNya. Kadang2 ada yang xnampak nikmat yang diberikan tu. Tapi ada gak yang nampak tapi saja buat2 xnampak. Maksud aku bagi kenyataan tersebut adalah dye nampak nikmat yag diberikan oleh Allah SWT. Tapi sedikit pown kita xpernah nak bersyukur dengan apa yang kita ada tu. Bahkan kalau boleh nak lebih lagi kan. Kalau boleh, marilah kita sesama memantapkan diri kita dengan mengucapkan ucapan Alhamdulillah tanda mensyukuri nikmat yang diberi. It’s a simple for we understand, example la kalau orang bagi sesuatu kat kita, kita kena la ucap ‘TERIMA KASIH’ right??its same with our God yakni Allah swt. Ucaplah Alhamdulillah bukan nye sukar pun kan.Insyallah kita boleh perbaiki diri kita kan. Berubah la selagi sempat untuk kita berubah. Tiada yang mempu merubah diri kita sendri jika kita xmampu merubah nya sendiri(mcm pening je ayat tu kan..apa2 pun baca je la….hihi)…so the moral of the story, hidup ni jangan banyak sangat merungut, itu xcukup..ini xcukup..aku nak lebih lagi..dll…juz mensyukri apa yang you all ada skunk ni. Korang pown dah besar dan korang mampu berfikir yang mana baik dan yang mana buruk kan? Kalau ada salah dan silap ayat2 aku ni sila perbetul kan aku ea. Insyallah semoga kita semua menjadi insan yang diredhai olehNya. Sebelum aku mengakhiri entry kali ni aku tinggalkan korang dengan bait-bait lirik AdaMu nyanyian Najwa Latif. Hope korang dah siap download lagu tu.pastu korang boleh la nyanyi lagu tu noh.


Lirik lagu AdaMu – Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan



Sebarang salah dan silap harap dimaafi.
Assalammualaikum.

Yang Benar,
Gadis Bersyukur,
Siti Asma Yusof
This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)