BAB 1
Permulaan
perkenalan kami dalam lingkungan tahun 2010. Seingat aku dan dia kami
berkenalan semasa aku tengah melakukan latihan industri di Institut Latihan
Perindustrian Kepala Batas. Pada mulanya kami berkenalan di laman social iaitu
Yahoo Messenger.Seterusnya dye mintak nak add kat Facebook. Jadi aku kasi
la.Selepas tu kami terputus hubungan. Masa tu hubungan kami just macam
kawan-kawan biasa sahaja. Dan pernah jugak la aku bosan-bosan aku mesej dye.
Dye pun balas. Lepas itu stop. Macam itu la cerita nya.Kami tidak berapa nak
rapat sangat la macam sekarang ni..hihi.. Sehingga lah kami berhubung kembali
secara serius di talian telefon. Hari demi hari hubungan kami seakan-akan macam
rapat. Aku ni yang jarang topup pun kini makin ligat tambah nilai kredit. Buat
pengetahuan korang insan ni berasal dari sabah bha.. Aku selalu peril cara dia
cakap.haha. Dan yang paling penting, aku gembira bila berborak dengan dye.
Kalau boleh hari-hari aku nak berborak dengan dye. Ada jer benda dye nak buat
lawak. Hehehe.. Masa tu hanya Tuhan je la yang tau perasaan aku macam mana. Hurmm…
BAB 2
Hari demi
hari masa berjalan, dan dye beritahu ingin datang ke tempat aku ni.Kata nya
ingin bertemu dengan aku.Tapi ada sekali tu dye cakap nak datang jumpa tapi tak
dapat datang.Yup aku faham yang dye sibuk dengan kerja.Jadi aku kena la faham
dengan tugas dye sebagai seorang askar yang gagah perkasa itu..hahaha.Masalah
nye perkasa ke?hihi.. Jadi, berbalik kepada cerita aku tadi kami telah pun
mengatur satu tarikh yang sesuai untuk dye datang ke sini. Dye cakap nak datang
28April2012 berharikan hari Sabtu.Aku pun setuju je la. Harap dye tak mungkir
janji lah yer. Hurmm…
BAB 3
Dye selalu
cakap dye sayang kat aku. Dan pernah satu malam tu aku berpesan pada dye, yang
aku tak nak dye sayang aku selagi dye tak jumpa dengan aku. Pengalaman telah
mengajar diri aku untuk lebih berhati-hati dan jangan mudah memberi hati pada
orang. Bukan apa, dah banyak kali dah hati aku ni disakiti oleh lelaki. Ini
bukan pisang berbuah dua kali dah.Tetapi dah berkali-kali dah.Sampai buah tu
dah busuk dah pun.huhu.. Aku tak nak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lagi
dimana aku pun tak tahu lagi samada dye milik aku atau pun tidak. Biarlah masa
menentukan semua ini. Insyallah seandainya aku masih bersama dengan dye akan
aku pertahan kan milik aku itu.
Assalammualaikum Cinta…
No comments:
Post a Comment