home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Tuesday, April 23, 2013

Resepi Rahsia Aiskrim Oreo Sejati (AOS)


23 April 2013 ; 05:07pm

Assalamualaikum

Ok seperti yang dijanjikan. Aku janji nak buat entry pasal resipi aiskrim oreo lain kali kan, tapi memandangkan aku xtaw nak baut apa kat opice ni kan, meh ler aku taip menaip kan. Share apa yang patut. So, aku tak nak mengomel banyak jom ikut aku menjengah ke ruang dapur. Untuk para lelaki plese stop, take anak2 main kat ruang tamu, mak2 nak main masak2 ni..hoho.Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak pown. Antaranya :

1)  1 Tin susu pekat
2)  1 sudu makan Tepung jagung
3)  2 Tin air masak (disukat menggunakan tin susu tadi.)
4)  Sedikit Ovellet
5)  Oreo (dihancur2 kan)
6)  Esen vanilla (sukat 1 penutup)

Langkah-langkah yang diperlukan :

Langkah 1 :  1 Tin susu pekat dicampur dengan 2 tin air masak (air masak disukat dengan         menggunakan tin susu pekat tadi) dan campurkan 1 sudu makan tepung  jagung. Gaulkan hingga sebati.

Langkah 2 :  Panaskan bahan2 di Langkah 1 tadi sehingga masak.(agak2 dalam 15 minit cam tu lah.. dengan api yang perlahan ea.)

Langkah 3 :  Bila dah agak masak bahan di langkah 2 tadi, sejukkan bahan tadi. Pastikan betul2 dah sejuk ea. Jangan p letak kat dalam peti ais lak noh. Kang jahanaM peti ais hampa aku x bertanggungjawab noh..hoho

Langkah 4 :  Bila dah agak sejuk kan, hampa amik sedikit Ovelette + 1 penutup esen vanilla. Langkah yang ni hampa kena pakai mesin yang mixed tu. Mesin yang putar2 tu.   Sebab kalau kacau tak guna mesin tu hasil dye kurang menarik ler. So better pakai mesin pemutar kebenda nama dye aku pown xsure ler..hoho. Langkah yang ni kena lama sikit mesin dye. Sampai la adunan kita tu betul2 dah ringan giler. Ingat taw mesin sampai adunan ringan. Thats petua yang korang kena ingat.hoho

Langkah 5 :  Bila dah ringan adunan tadi boleh la masukkan biskut oreo hampa tunoh..Kacau menggunakan sudu auw(pakai kaki pown ok gak..hahaha). pastikan oreo hampa tu dah dihancurkan ea.. nanti karang berketui2 lak xberapa nak sedap la kan. Akhir sekali masukkan la adunan tu dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. SIAP.... Semudah ABC x???hohoho..


Hope korang kat rumah dapat mencuba resipi ni ea,. Resipi ni aku dapat dari makcik aku. Harap2 dapat la sedikit sebanyak membantu kan. Dapat la jimatkan duit bagi korang yang anak ramai kan..hihi..ok la sampai jumpa lagi dengan next resipi ea. Thanx 4 singgah kat blog aku ni. Bye2. Assalamualaikum.



“Take care ur self and be ur self”


Yang benar,
Gadis Master@Chef
Siti Asma Yusof

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)