home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Thursday, June 7, 2012

Jom Belajar MARQUEE DIRECTION

Assalammualaikum dan selamat petang semua.
Hari ini aku nak mengajar korang sikit ni beberapa ilmu aku yang xseberapa ini. Almaklumlah..orang kata kalau nak cepat paham kita kena la ajaq orang kan. Bawu la kita pown 2 kali ganda paham nya kan?? Idak gitu??
Nasihat aku jangan kedekut ilmu okeyh...Jadi berbalik kepada topik kita pada hari ini mengenai marquee direction. Apa itu??Mengikut kefahaman aku la,xtaw la korang boleh faham ke x kan.Yang aku faham ia adalah sejenis coding yang dipakai didalam html untuk digunakpakai di dalam laman web.Senang cerita tulisan bergerak la..Xde la tulisan statik je dduk nye kan..Idak nye la bosan memandangnye kan..Ok skunk ni aku nak kongsikan coding nya yang aku ambil dri web ni --->> marquee direction
 Kita teruskan langkah yang seterusnya k iaitu;






News 1 News 2 News 3 News 4 ....... More news here


Tulisan ini menggunakan OnMouseover dan pencetus peristiwa OnMouseout.





Yang atas ini plak menunjukkan link yang bergerak tetapi apabila cursor disentuh ia akan berhenti daripada bergerak.Begitu juga sebaliknya.




News 1 News 2 News 3 News 4 ....... More news here





Keajaiban Kehidupan


7 Jun 2011; 2:58 pm

Assalammualaikum aku ucapkan kepada P.P,A merangkap blog kesayangan aku ni. Macam biasa sekarang aku kat pejabat. Xbuat apa pun dari pagi tadi. Amacam agak relax jugak kan aku praktikal kat sini kan. Xpelah nak buat cmner kan. Terima je la.. huhuhu.. Berbekalkan lappy dan tenet wifi yang ada kira dah cukup dah bagi aku ni taw ar..huhu…

Macam biasa jugak on9 facebook, email, twitter ,tengok movie dan yang aku tgh lakukan skunk ni adalah update blog sambil layan lagu jiwang. Kadang2 kita xboleh tipu diri kita ni bahawasanya ada jugak la kejiwangan dlm diri masing2 kan.. BUkan apa,kadang2 layan best jugak kan. Dalam dok layan tu mesti akan terkenang kembali saat manis2 psangan2 yg pernah aku couple dulu(bunyi cam ramie je kan..tapi boleh la…hape hingat aku ni xlaku kew??)lalalalalala..dah2 stop about love story k…we talk2 about hari2 lepas k..4 ur information telah terjadi beberapa incident dlm hidup aku yg membuatkan aku menangis dengan teruk nya kowt..huhu.. Mengenai apa??mesti korang agak tertnya2 jugak la kan? Mengenai hal tu agak rahsia jugak la nak kasi taw kat sini kan. Bukan apa,along yakni merangkap akak aku yg paling sulung(padahal aku no2 je kowt) tahu pasal blog aku ni.. Kang dye report kat abah mak aku pasal hal ni kang.. Atas sebab tu la aku terpaksa merahsiakan hal ini dari blog aku ni yer.. Mesti korang kata cmni kan dalam hati(Klau xnak kasitaw baik xpayah cerita,buat org tertanya2 je…)…yer idak?? Sebenarnya bukan itu tujuan aku okeyh.. Tujuan aku adalah untuk bagitaw keajaiban dari Allah SWT.. Korang percaya x dlm hidup korang mesti ada keajaiban berlaku(bukan nye magic2 cm citer kartun tu k…xmau2..kurafat semua nya tu..) . Maksud aku keajaiban yg berlaku tanpa kita sedari.. Tapi bila2 fikir2 balik semua nya tu datang dari Allah SWT tw x.. Berbalik kepada cerita aku ni adalah mengenai kisah aku yang menghadapi masalah/dugaan yang membuatkan aku menangis. Macam aku xboleh nak menghadapi nya. BUkan apa,rasa macam sekelip mata je Tuhan nak kasi kita nangis. Mungkin fikiran tengah  serabut time tu sampai xdapat nak fikir jalan penyelesaian yang terbaik. Lepas tu, keadaan aku ok la sikit.. Aku dengan rasa rendah dirinya, menadah tangan berdoa kepada-Nya.


Bercucuran gak la airmata aku turun time tu. Xlama lepas tu otak aku cm boleh berfikir. Dan akhirnya aku temui jalan bagi masalah aku tu. Dan hanya satu perkataan yang aku keluarkan masa itu iaitu SYUKUR ALHAMDULILLAH… Dan akhirnya aku dapat jalani masalah itu dengan mendekat kan diri dengan Maha Pencipta yakni Allah SWT. Nasihat aku kepada sesiapa yg ada masalah janganlah cuba untuk lari dari masalah itu. Hadapi lah ia dengan tenang. Kerana fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional. Urm… aku rasa setakat ni je post aku mengenai hari2 aku yg lepas. Diharap perkongsian ini dapat menceriakan hidup anda..(ceria la sangat kan..)..
insyallah ada masa aku post lagi cerita2 yang menarik k.. Harap korang jaga diri baik2.

Bye2..
Assalammualaikum pembaca2 blog Punya Pasai AKU(P.P.A)

Yang Benar,
Gadis Positif,
Siti Asma Yusof.

Anak-anak selalu buat salah,
Jangan dimarah tapi tegur lah..

p/s : Try buat pantun 2 kerat..hihi



Tuesday, May 1, 2012

Sudah Cukup Sudah


1 May 2012 ; 5:45 am

Assalammualaikum dan selamat pagi aku ucapkan kepada sebuah coretan…
Permulaan hari bulan Mei adalah sebuah tarikh yang tidak dapat aku lupakan sampai bila2 dalam hidupku.Alhamdulillah akhirnya Allah bantu aku dalam memberikan petunjukNya.Terima kasih Ya Allah sebab bagi jawapan pada ku.Akhirnya aku boleh membuat keputusan sekarang sebelum terlambat kan.
Berteman kan aku pagi ini lagu “Sudah Cukup Sudah” nyanyian Kumpulan Nirwana Band. Aku rasa cukup lah sampai disini saja bak kata lirik lagu ni;

Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Daripada batin tersiksa,
Lebih baik ku pergi saja,
Sudah cukup cukup sudah,
Cukup sampai disini saja,
Daripada hati gelisah,
Cintaku kau balas dengan dusta………….

Aku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku tidak akan lagi bazirkan airmata aku ini demi sebuah cinta yang tidak pasti. Aku harus berani terima kenyataan  ini. Sebagaimana aku berani untuk terima dia dalam hidup aku. Sebegitu lah aku harus berani untuk lepas kan dia sebagaimana dia telah lepas kan aku semalam. Semalam sebelum kejadian ini berlaku. Kadang2 bila kita duduk sorang2 kita akan lebih fikir panjang. Kemudian aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej dekat dia melalui hp. Mesej nya berbunyi cam gini;

“Awak.. saya bukan nak jadi seorang yang cemburu xtentu pasal..tapi saya dan bagitaw kat awak kan. Awak pown dah cakap yg awak akan padam gambar2 tu bila awak on9. Tadi saya suruh awak padam, awak buat x tahu je kan. Saya rasa awk masih sayangkan dye. Maaf awak. Saya dh cuba untuk xfikir benda ni. Tapi sy dok sorg2 sy terpikir benda ni. Mcm yg sy ckp siang tadi. Biarlah masa menentukan segalanya….”

Send Message To : à>

Lepas aku send mesej terus aku off kan hp dan terus tidur. Biarlah aku tidur lena. Sebab aku tahu kalau aku tahu jawapan dari nya mesti aku xboleh tidur. Macam yang sekarang aku lakukan ini. Aku baru je bangun2 dan terus on hp dan ada mesej masuk.”Tut Tut Tut”,bunyi mesej kedengaran. Apa lagi terus aku membacanya dan terdapat kesedihan jua disitu. Tipu la kalau aku kata hati aku xsakit kan. Setelah cinta dan kasih sayang mula aku berikan kepada dia, kini dengan mudah 1 jawapan selesaikan semua ini dengan begitu sahaja. Seperti lirik lagu “Sudah Cukup Sudah”;

Ini kah caramu membalas cintaku,
Kau nodai cinta yang ku beri,
Inikah caramu membalas sayangku,
Kau lukai sayangku untukmu,
Teganya kau menari diatas tangisanku,
Kau permianankanku sesuka hatimu…


Tapi aku xsalahkan dia 100%. Aku anggap ini sebagai permainan hidup je. Adalakala dia pergi dan adakala dia datang. Dan semestinya korang ternanti2 apa  jawapan dia kasi kat aku kan. Jadi aku bacalah mesej tu yang berbunyi cm gini;

Sent:
1-May-2012
01:28:40am
“Mungkin betul kata awak.. Saya ja yang xboleh terima kenyataan yg saya masih sayangkan dia. Saya dah fikir panjang. Dan dah buat keputusan untuk kebaikan semua pihak. Kita berkawan ja k. “

Selepas aku membaca mesej tu aku terus off hp. Bukan nya xdpat terima kenyataan. Cuma aku perlukan masa untuk bersendirian. Aku cuba untuk x fikir benda ni. Tapi dengan kekuatan yang ada aku gagah kan jua jari jemari ini untuk taip kan sedikit coretan sebagai sebuah kenangan. Maaf kan saya awak. Mungkin lepas ni kita dah xmacam dulu lagi. Saya dah xboleh terima awak lagi. Saya xkan bukak kan lagi pintu hati saya untuk awak. Awak dah sia-siakan peluang yang ada. Dan maafkan saya, saya xdapat nak tunaikan permintaan awak tu. Iaitu teruskan hubungan kita sebagai seorang sahabat. Saya xcukup kuat untuk berhadapan dengan awak lagi. Biarlah saya membawa diri. Dan kini hidup ku kembali kosong. Kosong sebagaimana kehadiran nya sebelum ini. “Walaupun apa yang berlaku, walau ombak badai melanda, walau ombak rindu bertandang aku xakan mengalah..aku xkn tunjukkan yang aku lemah. Aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri aku”…Aku akhiri sebuah coretan aku dengan ucapan;

Assalammualaikum Rindu.

Yang Benar,
Gadis Ditinggalkan,
Siti Asma Yusof.

Monday, April 30, 2012

Kenangan Terindah Untuk Kita


30 April 2012; 2:16am

Assalammualaikum..Jam sekarang tepat jam 2:16pagi..Berjalan sakan malam ni.Lepas balik keje part time terasa nak makan char keuh teow lak kat dtaran nilai.Tapi bila p je bayangkan tutup.Malam tu xdak uptown…huhu…Naseb baek kedai lain ada..Tapi bukan tu tujuan aku tulis coretan pagi2 buta ni..Aku sebenarnya nak citer sesuatu yang berada didalam benak fikiran aku ni..29/4/2012 menjadi satu tarikh pertemuan aku dengan Paul..Merangkap sahabat lama aku.Setelah beberapa kali pertemuan kami trpaksa di batalkan disebabkan urusan kerja dye…Beliau bertugas sebagai seorg askar di Kem Tentera kat Seremban(P.Dikson kowt) ..So, aku dah jumpa dye.Dye memang baik sangat.Suka bergurau.Aku dah cukup faham sangat perangai dye yang suka mengusik aku. Dye ni suka cakap nak gorat2 awek2 la apa2 lagi ntah dye mengarut..Tapi aku percaya, jenis dye cakap je..tapi xbuat pown..Aku dapat rasa yang dye betul2 ikhlas dengan aku. Aku snagat2 hargai saat2 bersama dye siang tadi. Tapi dye terpaksa bergegas balik tadi atas urusan kawan. So,aku xboleh kata apa la. Apa yang aku taw org laki kalau pasal kawan, sanggup tinggalkan awek dye la.. Walaupun tgh berdating..huhu.. Lepas makan tenghari kat Warong Mak Wan kami pown balik la... On the way nak balik tu ada gerai buah durian kat seberang jalan.Dye Tanya aku nak makan ka.Aku cakap la xnak la..Tapi bila lepas jew gerai tu aku bye2 kat gerai tu…Aku saja ja mengusik dye..
”Hurm…nampaknya kempunan la saya nak makan durian”,kata aku kat dye..
pastu taw ar apa dye buat. Masa kat traffic light depan tu, dye boleh U-Turn balik p kat gerai durian tu..Hahahaha..Aku rasa ni kali pertama aku rasa sangat2 dihargai. Perasaan sayang kat dye makin bertambah2. Dye terlalu baik untuk aku. Pada waktu tu aku harap masa boleh berhenti waktu kami makan durian kat tepi jalan tu. Aku xnak balik. Aku nak terus berbual dgn dye. Nak terus bergurau senda dgn dye. Tapi kenyataan nya dye harus pergi juga kan….hurm…pastu durian yang kami makan tu xboleh nak habis la plak. Banyak la plak. Pastu dye Tanya lagi, “kawan2 kat umah makan durian x?”,Tanya dye kat aku.
Aku jawablah,”Aha,kawan2 makan.Kenapa?”,
Dye jawab,”Kalau camtu bungkus la sikit bawak balik untuk diorg ea”,jawab dye.
“Ok..”,jawab aku ringkas. Dalam hati aku berbicara,”Baik betul la mamat ni fikir pasal kawan2 aku”,kata hati kecilku.
Gambar Hiasan
Pastu selesai je kami makan dye g bayar. Mak bapak terkejut kowt aku smeua sekali rm65 lebih kurang cm gitu la.Xtaw la kalau makcik tu tipu ke apa kan.Aku cakap,”Betul ke awak..kenapa mahal sangat?”,tanya aku bagi mndapatkan kepastian..Dye jawab”Betul la…harga ikut timbang durian la awak. Xpe sekali sekala.Bukan selalu kan?”,jawab dye dengan ikhlas. Tapi aku betul2 rasa bersalah ni. Xpasal2 terbang duit dye belanja aku durian..huhu..Lepas kejadian tu, dye pun hantar la aku pulang. Xsilap aku dlm kol 1:45tghri aku sampai umah. Sebelum nak turun tu aku kasi apa yang aku nak kasi kat dye. Yakni anak patung askar tu. Akhirnya jumpa jugak aku pemilik sebenarnya. Jumpa gak patung tu dengan tuan nye..HUHU… Jap ea aku try upload gambaq patung tu...hih..


My Bongok..hihi


Selepas itu masa terus berjalan… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………….sehingga lah malam. Kami bermesej macam biasa. Cuma dye sibuk sikit je. Malam2 pown masih berbaris..huhu.. Tapi xpelah, dye buat keje. Fikir biar positif ok Siti Asma Yusof uitt… Tunggu punya tunggu panggilan dari dye akhirnya dye telefon jugak aku. Dalam pukul 1pagi cm gitu ar. Dye cakap baru balik dari potong rambut. Entah la aku tgk rambuat dye tadi dah pendek kowt… Nak pendek cmna g xtaw la..
Pastu sembang punya sembang aku berani kan tanya dye beberapa soalan. Iaitu,
“Awak….saya nak tanya soalan kat awak ni.Tapi awak jangan marah ea”,tanya aku bagi mendapatkan kepastian.
“Tanya lah awak,Apa dia?”,jawab dye.
“Awak memang pakai tatu ea kat tangan tu”,tanya aku kerana waktu pertemuan tu aku nampak tatu pada bahgian tngan kiri nye.
“Aha, saya pakai tatu. Dari kecil lagi. Ni adat la awak”,jawab dye bagi soalan aku tu.
“Lagi saya nak tanya awak ni, awak agama apa ea?”,tanya aku pulak mengenai hal agama yang menjadi kemushkilan aku selama ni.
“Saya agama Kristian. Xkan awak xtaw kowt”,jawab dye.
“Xtaw tu la yang saya tanya awak ni”,balas ku..
“Terbaekkkkkkkkkk”,jawabnya..

Gambar Hiasan

Dan tetiba panggilan terputus tiba-tiba. Aku serbalah. Sama ada kredt dye habis atau dye marah dengan aku. Dah la aku pun xdew kredit nak call balik. Tanda tanya semakin berada difikiran aku… Enath la.. tunggu esok jelah.. Ok lah jam pown dah pukul 2:51am dah. Esok dah la keje..Jumpa esok lagi ea. Insyalllah…Aku masih lagi menunggu jawapan dariMu Ya Allah…samada keputusan yang aku buat ini betul atau x.. Kau berikanlah petunjuk pada hamba-Mu ini.Amin Ya Rabbal A’lamin..Aku undurkan diri dulu yer. Terima kasih sebab sudi baca kisah aku ni dari awal hingga akhir ea.
Luv u guys..

Assalammualaikum Cinta,
Yang Benar,
Gadis Cinta,
Siti Asma Yusof. 

Wednesday, April 25, 2012

1001 Kemanisan

Assalammualaikum P.P.A..
Nampak nya dah lama aku x mengupdate kamu kan?Almaklum lah minggu lepas aku sibuk sikit.
Sbb aku ditugaskan kat Terminal.Banyak jugak la keja kat sana.Tapi dah bos suruh balik mai AMC balik kan.
Puas gak la aku berjalan2 kat sana.Best tu best jugak la.Sebab dapat kenal ramai orang kan.Aku dapat lihat pramugara,pramugari,kapten2 dan juga pelancong2 luar negara.
Keterujaan terselit disitu.Hihihi..Dan setakat ini tahu jugak lah aku selok belok kat situ. Dan yang penting security memang kuat lah kat situ. Nasib baik la kami ada pas, so boleh la pergi kemana saja yang kami suka.
Memandangkan kami technician kat situ jadi kena la banyak berjalan sikit kan.

Baru2 ni aku dapat pas baru..almaklumlah sebelum ni pakai pas harian ja.dan skunk ni pas sementara dah siap.Pas ni bertahan selama 6bulan.Elok sangat la tu,kami praktikal pun memang 6 bulan pun.Cukup2 je kan,,Jap ea aku upload kan gambar nye...hihi..

p/s : terdapat sikit keterujaan di situ kan?hihi

Amacam ok x?Waktu ni dah ada kat pejabat dah.Hal ni berlaku kelmarin.hurmm...waktu ni aku dah rasa sakit gigi sikit2 dah. aku xtaw plak boleh melarat sampai semalam sampai la hari ini.Gusi aku bengkak kowt..wua3... :-( hurmm....sebelum aku lupa aku nak berkongsi citer pasal kelmarin ni..Selalu aku balik kerja aku teringin sangat nak singgah solat kat Masjid KLIAatau dikenali sebagai Masjid Sultan Abdul Samad..Besar giler masjid ni tgk dari jauh auw...Pastu kelmarin petang tergerak hati nak singgah solat asar lepas balik kerja kan.Aku begitu kagum dengan keindahan dan ketenangan didalam masjid tu.Jap ea aku try cari gambar kat google..

p/s : Pemandangan nya dari jauh sudah cukup membuatku tertarik untuk  ku
berkunjung ke rumah Mu.

p/s : Ketenangan seperti ini tidak dapat ditandingi mana-mana ketenangan.Insyallah.

p/s : Sembahyanglah sebelum anda di sembahyangkan.

Yeahh..akhirnya berjaya jugak aku mengupload serba sedikit gambar ni.Terima kasih kepada pak cik google.hihi.Mesti korang teruja kan melihat pemandangan masjid ni.Disini aku menyeru kepada korang datang lah kesini.Mencari sebuah ketenangan yang tidak mampu dicari di mana-mana.Pada-Mu ku bersujud.Menyembah pada Tuhan yang satu.Moga-moga ditebalkan iman didada dalam mempertahan kan agama Islam yang satu.Insyallah..Amin~~
Aku mintak diri dulu.Ada keje sikit.
Assalammualaikum~~





This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)