home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Wednesday, March 16, 2011

Piala AFF: 5 pemain dari Kedah diberi tanah

huhu..aku bangga menjadi rakyat malaysia!

wah(sungguh semngat kan)..

kenapa ku citer cmni..korang baca lew sendiri berita kat bawah ni ea..petikan dari kosmo on9!!

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran satu lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu, berkata, tanah seluas 1.7 hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan.
"Kita akan bahagi lot-lot itu untuk setiap seorang pemain secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.
Selain tanah, lima pemain iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan turut menerima ganjaran sebanyak RM5,000 seorang pada awal Januari lalu. – Bernama



No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)