home photo home2.png picture photo picture2.png about photo about.png
Selamat datang ke dunia Punya Pasai Aku (P.P.A). Setiap perjalanan dalam hidupku, ku luahkan perkataan demi perkataan. Sebarang peniruan akan diambil tindakan undang-undang. Terima kasih kerana sudi singgah di teratak blog yang tidak seberapa ini.

Monday, February 18, 2013

Gadis Impian


13 Februari 2013; 8:14pm

Assalammualaikum dan salam sejahtera dan salam 1 Malaysia…wah mukadimah yang penuh dgn tatasusila kan…hihi. So xnak panjang lebar mengarang post kali ini, kali ini aku nak update benda yg penting SAHAJA! Faham dak?mata tu xpayah nak terkebil2 sangat la..ada penyakit ka apa..haha. Jadi nak dipendekkan cerita la, aku hari ini 1st day bekerja setelah sekian lama menjadi penganggur terhormat di negeri bertuah Perak Darul Ridzuan ini…opss mesti sedikit keterujaan korg disitu kan2 nak taw apa kejadah kerja yang aku kerja kan…dan mesti korg ada terpikir sejenak kan sapelah yang malang dapat pekerja macam aku ni kan2??hello aku pekerja yang berdedikasi ok…STOP..STOP..STOP…jangan dok melalut jauh sgt boleh dak tuan punya blog ni…cepat la cerita kerja apa yg ko dapat ni.
                Ok,aku gitaw…..aku actually dapat kerja dekat Taska..apakah nama taska tu aku xingat la..haha… Dalam banyak2 aku hantar resume… Yang ni je la yang panggil aku. So aku anggap semua ini rezeki dari Allah swt la kan…Kita ni kena banyak bersyukur auw sebab kat luaq sana masih ramai lagi penganngur yang xde kerja….so aku angap semua ini sebagai cabaran dan pengalaman untuk aku timba. Lagipun aku dari dulu memang nak rasa macam mana kerja dekat Taska@Tadika ni auw… So aku dah berjaya mendapatkan apa yang aku nak rasa selama ini…
Jadi untuk seharian ni not bad la.. Seharian aku dengan diorang serius macam2 perangai2…macam2 ragam dengan karakter nya yg tersendiri… Ada yang suka nnyi sorg2 la… ada yang senyap la…ada yang sombong la… ada yg cute…comey….ada yang nakal…ada yang kuat nangis….ada yang manja…ada yang xdengar cakap… dalam banyak2 ada tu kan..korang ADA???hahahaha… Tapi serius aku cakap aku nervous untuk meneruskan kehidupan untuk hari esok.. adakah aku mampu menjadi seorang Teacher yang terbaek dari ladang?? Sebab aku punya impian nak ajar diorg ni betul2…kasi diorg kenal huruf A..B..C sampai lah tahu mengeja… Tiada yang mustahil dalam kehidupan ni kan. Yang penting kuat usaha….
                Ucapan terakhir aku, aku berharap semua nya akan berjalan dengan lancar esok, hope hubungan aku dengan parents diorang akan ok la kan..hurmmm…aku rasa setakat ni je la kowt aku nak share tentang perkembangan terbaru aku.. Maybe aku akan update post terbaru lain kali ok… Utk korang yang d luar sana, aku doakan korang berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi ok.. Akhir kata dari aku thanx a lot 4 supporting my blog P.P.A///
Bye2..
Assalamualaikum wbt.

Yang Benar,
Gadis Impian,
Siti Asma Yusof

#p/s : btw masih ada bnyak lagi aku nak citer pasal taska ni sebab ada banyak cerita buruk aku dengar auw…tapi ingat jangan memburuk2 kan org lain……..so I will keep this secret..kalau nak taw bak 20 sen…haha..

p/s : gambar diatas tiada kena mengena dengan cerita..hihi

No comments:

This Blog is Protected. Copyright 2011 © Design By P.P.A)